Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 14, 2015

Apa nak jadi: Biadap di mana-mana.......

Mat rempit kurang ajar
Bermotor besar biadap
Pemimpin celupar
Nak jadi apa kita?

Bikers biadap, aibkan pengguna jalan raya
PUBLISHED: Sep 12, 2015 09:30pm

KUALA LUMPUR, 12 September:
Tindakan menasihati sekumpulan penunggang motorsikal besar atau lebih popular digelar ‘bikers’ dibalas dengan cacian dan laungan makian.
Situasi itu berlaku kepada seorang pengguna jalan raya di sebuah stesen minyak di Serdang yang memuat naik sekeping foto menunjukkan sekumpulan bikers meletakkan kenderaan mereka di tempat kereta sehingga menyusahkan pengguna lain.
“Saya meminta kumpulan bikers itu supaya meletak kenderaan mereka dengan betul untuk memberi ruang kepada keretanya meletakkan kenderaan di ruang yang disediakan itu,
“Sebaliknya, kumpulan bikers itu mencaci dan melaungkan makian kepada saya, seolah-olah saya baru keluar dari hutan dan tidak mampu membeli motorsikal besar seperti mereka,” demikian catatan pada status Facebook Azahari Ismail pada jam 11.00 pagi Sabtu.
Catatan pada status Facebook Azahari Ismail pada jam 11.00 pagi Sabtu

Lebih memalukan tindakan kumpulan bikers itu adalah di depan keluarga dan anak-anak Azahari walaupun salah seorang ahli mereka sependapat dengan Azahari namun tidak diendahkan ahli kumpulan yang lain.
Antara komen yang menarik ialah dari Mohd Arbain Bin Mohd Noor yang mengatakan; “Baru pakai superbike dah bongkak. Lupa dulu pakai motor cabuk je. Hai la manusia. Moto besar otak rempit.”
Seorang lagi pengguna Facebook, Rodzan Hisham Mohd Jamal menyatakan ini hanyalah kes terpencil dan bukan semua bikers bersikap seperti kumpulan itu.
Azahari mendakwa dia dimarahi ahli kumpulan bikers itu dengan melaungkan pelbagai gelaran dengan kasar untuk mengaibkannya.
“Mereka mengeji bahawa perangai saya macam baik sangat dan macam bagus sedangkan berpakaian tidak menutup aurat kerana berseluar pendek, mereka menjadi lebih aggresif apabila saya ambil gambar mereka dengan telefon.
“Bagi saya, penunggang motorsikal besar tidak sewajarnya bersikap sombong seperti ini,” katanya. - sumber

5 comments:

  1. Orang Orang Melayu sememang begitu , Bahalol dan Mudah Lupa...

    Asal usul kampong papa kedana miskin , jangan jangan kay ber gaya cepat pun cara Pau Pau Pau Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!

    Orang Tua kat kampong pon tak di bagi duit belanja.....

    Kepala Otak!!!!!!!!!

    Pemikiran Melayu ini Standard Saja.

    Bahalol!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Bukan beli tunai pun bwrhutangggggg tu

    ReplyDelete
  3. Sesiapa saja memang baghal bahlol kalau buat sesuatu yg menyusahkan oarang lain. Baik letak kereta atau motorsikal sembarangan

    ReplyDelete
  4. Kita tidak boleh menghukum tanpa mendengar dari kedua-dua belah pihak. Pihak Bikers tidak dapat mempertahankan diri...lagipun berbaloikah nak gaduh pasai parking space ni.

    ReplyDelete
  5. Bikers2 tu semua buta huruf pasal tu tak tau peraturan2 dan undang2 jalanraya serta buta kaedah parkir moto dan kereta. Janganlah kita ambil hati sangat dengan golongan2 cacat dan kurang upaya tu! Ingatlah bahawa mereka semua tu cacat pengetahuan dan kurang upaya berfikir. Mereka semua kategori OKO (orang kurang otak) dan kita tak boleh samakan dengan OKU kerana itu seolah2 kita menghina OKU2 yang sememangnya berhemah, cerdik lagi berdisplin.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa