Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 12, 2015

Apakah strategi mereka?

Penyertaan Kamaruddin, Mat Taib dalam PKR cepatkan Pakatan 2.0, kata Amanah 
OLEH RAM ANAND
Published: 11 September 2015 6:05 PM
Timbalan Pengerusi Amanah Salahuddin Ayub (kiri) berkata penyertaan Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam Pakatan 2.0 akan mempercepatkan pembentukannya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 11 September, 2015.

Tindakan dua bekas pemimpin kanan PAS menyertai PKR hari ini diharap akan mempercepatkan pembentukan Pakatan Rakyat 2.0, kata Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub hari ini.
Beliau menyifatkan keputusan yang dibuat Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib itu sebagai "pilihan individu" itu sendiri, ketika diminta mengulas perkembangan itu pada satu majlis menerima keahlian baru Amanah hari ini.
"Mereka mempunyai banyak pengalaman. Apa pun, kami harap penyertaan mereka dalam PKR bermakna pembentukan Pakatan Rakyat 2.0 akan berlaku lebih cepat," kata Salahuddin.
Kamaruddin dan Muhammad sebelum ini dilihat pemerhati politik lebih cenderung menyokong Amanah, yang merupakan kumpulan serpihan dibentuk ahli PAS selepas Pakatan Rakyat berpecah awal tahun ini.
Bagaimanapun, mereka akhirnya membuat keputusan menyertai PKR seperti diumumkan pada satu majlis di ibu pejabat PKR pagi ini, dan bukannya Amanah, parti politik berorientasikan Islam dikatakan bakal menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang yang baharu. – 11 September, 2015.

3 comments:

  1. Mintak2 tuan presiden cepat sedar.
    Dapat repair semula mulut longkang tu.
    Wayar yg putus di pangkal otak tu kasi sambung balik.
    Jangang asyik jala ikang belukang.
    Kalau tak nak jugak, bawaklah beg kain baju pindah jepun

    ReplyDelete
  2. PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
    1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

    2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

    3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

    4. Mempunyai aura-aura sayang UMNO dan pemimpinnya berpeluang muncul kerap di TV3 atau Utusan.

    5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

    6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

    7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

    AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

    ISLE-ISLE

    ReplyDelete
  3. Tiada akan sama orang orang Otak Bahalol dengan orang orang Ber pendidikan.

    Tak sama

    Ulamak ada Otak dan Ulamak Gaya Ulamak tak sama

    Macam Nakhoda Bahalol dengan Kampong Nahkoda mana nak sama.

    Orang Bijak PAS masok Amanah tanda Pakatan Baru 2,0 lebih professional dari lama 1,0 sesuai untuk alaf baru

    UMNO dan PAS akan bungkus sebelom PRU14

    Hidup Mat Bahalol !!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa