Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 10, 2015

Balak: Minta TMB Letak Jawatan

BALAK: GLC KELANTAN KALAH SAMAN, KENA BAYAR RM 2.3 JUTA?

# Minta TMB Letak Jawatan @ Bekukan Jawatan Beliau Sehingga Kes Ini Diselesaikan.

* Khabarnya Kerajaan Negeri Kelantan/Glc (Anak Syarikat Kerajaan Negeri) diarahkan BAYAR RM 2.3+ JUTA dalam masa tempoh 48 jam oleh Mahkamah selepas kalah saman kepada syarikat Berjaya Timber & Trading.

* Kerajaan Rugi RM1.3 Juta sebab Pengurusan Kewangan "Pak Pandir", sepatutnya GLC Kelantan cuma perlu bayar RM991,247.06 dengan kadar faedah 4%, tetapi sebab kelewatan kes/perbicaraan kini terpaksa bayar RM2.3 juta, iaitu tambahan RM1.3juta lagi.

Habis duit Rakyat kena bayar Kalah Saman, sebab Kes Balak!

# Pembalakan Masih Berlaku di Kelantan, Harini 7 September 2015 - Baru sahaja saya lalui kawasan Stesyen Timbang JPJ di Laloh, Berderet LORI BALAK bawa Keluar Balak dari Hutan Kita (Video/Gambar disertakan). Padahal MB dan TMB pernah menyebut Pembalakan Sudah DIBEKUKAN sejak 2006/2008 lagi.

# Dalam keadaan Kes Balak Ulu Sat, yang dikeluarkan secara haram dari kawasan LEBUHRAYA (Guna nama "lebuhraya" untuk Halalkan penebangan Balak luar kawasan R&R Lebuhraya). 1 orang pegawai tertinggi di Sebuah GLC Kelantan dan 8 Staf Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan masih lagi disiasat.

# Lepas ni Kerajaan Negeri akan berdepan dengan Saman dr sykt Korea,
Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) yang menyaman syarikat GLC Kelantan RM230 JUTA kerana membatalkan projek Lebuhraya Rakyat, yang kini masih dalam proses penyelesaian. Link berita disertakan: http://www.sinarharian.com.my/mobile/anak-syarikat-kerajaan-kelantan-disaman-rm230j-1.244593

Saya minta Exco yang jaga Porfolio BALAK@SUMBER ASLI di Negeri Kelantan iaitu Timbalan Menteri Besar, YB Dato Mohd Amar bertangungjawab dan Jawatan beliau DIBEKUKAN sementara waktu Kes Sprm disiasat dan kes Saman sykt Balak SELESAI.

Duduk sibuk alih isu kepada Baiah Talak 3, selesai isu BALAK ini dulu.

Minta jawapan daripada Pihak Kerajaan Negeri kesahihan berita ini, dan sila Nafikan. Andaikata saya silap, sila berikan maklumat sebetulnya. 

Terima kasihFwrd.

Mula-Mula Barua & Kemudian Halau, Kini Pengkhianat & Perlu Dihapuskan...


Kau Ini Bagaimana?

Bila aku masih di situ
engkau bilang aku Jebon, aku parasit, aku barua, aku tolol

Kau ini bagaimana?

Bila aku masih di dalam parti itu
engkau bilang aku nyamuk, dan ingin halau aku keluar

Kau ini bagaimana?

Bila aku keluar engkau bilang
parti sudah bersih, ahli parti sudah ditapis

Kau ini bagaimana?

Bila aku bersama rakyat sertai BERSIH
engkau bersama UMNO tuduh aku ini balaci Cina, balaci DAP

Kau ini bagaimana?

Tapi aneh aku temui Sdra Idris di sana
Balaci jugakah dia itu?

Aku juga temui Tuan Ibrahim berbaju BERSIH
tapi sekadar menyertai BERSIH dari dalam rumahnya...

Kau ini bagaimana?

Sekarang kau bilang kononnya parti semakin kuat
kau bilang lebih ramai kini yang menyertai partimu

Bila aku bersama rakan tubuh parti baharu
Mula-mula kau bilang itu demokrasi
Kini kau tiba-tiba kau tuduh
aku ini pengkhianat dan perlu dihapuskan

Kau ini bagaimana?

Agama ini siapa yang empunya?
Tuhankah atau engkaukah?

Kau ini bagaimana?
Apakah kau bermaksud
menyamakan parti dengan agama?

Kau ini bagaimana?

Sedangkan agama itu satu, parti itu banyak
Seperti dulu-dulu, kau kafirkan orang yang tak menyertai partimu...

Kau ini bagaimana?

Dan kini engkau terus bersama orang yang kau kafirkan dulu
menghentam dan menuduh aku balaci Cina

Kau ini bagaimana?

Aku senyum sahaja
dan hanya dapat bersimpati sekolam rasa
kerana aku tahu ada tanda tekanan jiwa
dan ada penyakit sedang bernanah di hati sana... .

- r2r via WhatsApp

6 comments:

  1. Ini lah masalahnya bila serban besar dr otak..

    ReplyDelete
  2. Bila si bahalol otak tak boleh pikir jauh lagi bantu mangsa banjir nun , maka tok sah harap dapat pakai otak nya tuk ber pikir bebende besar manfaat pada negeri

    Macam mana negeri miskin ada jawatan TMB pon


    Samada MB pon bahalol atau sesama geng buat duit kencing rakyat

    Kesian rakyat kelantan lah...

    ReplyDelete
  3. Sinonim kata seloka yang menerjah warga yang terasa siapakah dia jiak ada yang terasa ikutilah kata semoga semua rakyat akan berkata itulah akibatnya kerana mulut santan binasa apa boleh buat sebab gila kuasa tak kira walaupun diri sendiri rasa tak selesa dek kerana terlalu percaya pada penasehat yang membawa rebah pada parti yang kononnya amat perkasa dengan budaya islam yang terbabas jauh dari yang diturunkan oleh Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  4. Ketika ini, ramai orang2 melayu mula berminat dan berjinak2 kembali dengan islam dan dalam keghairahan mereka itu, banyak kesilapan dan kecuaian yang dilakukan terutamanya dalam mengenal dan memilih para2 ulamak untuk dijadikan sebagai ikutan serta tempat bergantung harapan iaitu pemimpin. Kesalahan dan kesilapan yang paling banyak dilakukan berkenaan mengenal ulamak adalah mem"normal"kan sesuatu yang luar biasa atau berlakunya generalization tentang keilmuan yang perlu ada pada diri para ulamak itu.

    Dalam masyarakat melayu umumnya, mereka melihat ulamak2 itu hanya terdiri dari mereka2 yang mendapat pendidikan agama dan berpendirian bahawa ulamak hanya terbit dari pendidikan agama sahaja. Ulamak mustahil muncul dari ilmuan2 dunia dan moden, fikir mereka. Ini merupakan satu "generalization" yang dangkal dan adalah suatu kesalahan yang amat merugikan Islam. Ulamak dari segi pengenalannya iaitu dari apa yang disebut dalam Quran dan hadis adalah mereka2 yang berilmu dan dengan ilmu2 yang mereka dapati itu berupaya mengenal Allah dan seterusnya menjadi hamba2 yang "takut" kepada tuhannya.

    Alquran dan hadis tidak menyebut bahawa hanya orang2 yang mengaji dalam pengajian agama seperti usuluddin, syariah, hafiz Alquran sahaja layak menjadi ulamak. Tidak, ulamak bukan hanya dari bidang agama sahaja walaupun ramai "ulamak2" besar memang datang dari golongan ini. Tetapi ulamak juga boleh terbit dari pakar2 perubatan, pakar2 matematik, fizik, kimia, kejuruteraan dan lain2 bidang ilmu. Bukan kah ramai ulamak2 dahulu seperti Ibnu khaldun, Ibnu Sina, Alkhawarizmi dan ramai lagi, merupakan pakar2 dalam pelbagai bidang bukan hanya ilmu hadis, syariah. Mereka adalah ulamak2 terkenal kerana mereka menjumpai Allah melalui astronomi, fizik, kimia dan matematik. Mereka adalah ulamak2 yang terkenal bukan kerana kasyaf atau boleh bercakap dengan jin tetapi sebaliknya mereka adalah ulamak terkenal kerana berjaya membongkar dan memanfaatkan ilmu2 dunia yang sebelumnya itu tersembunyi didalam Alquran dan seterusnya membenarkan sabda nabi bahawa hamba2 akan dapat mengenal tuhannya hanya melalui ilmu dan Alquran itu penuh dengan ilmu2 dunia seperti sains, astronomi, perubatan serta matematik. Penguasaan ilmu akan berupaya menjadikan hati yang hidup "kenal" akan tuhannya dan seterusnya terus takut pada penciptanya.

    Tapi perlu diingat bahawa ulamak sebenar ini adalah orang2 yang luarbiasa. Bermakna bukan semua orang2 yang mencari ilmu dan yang berilmu berupaya menjadi ulamak walaupun merka dari jurusan usuluddin atau hafiz Alquran. Ulamak adalah golongan yang sedikit dari sebilangan besar orang2 yang berilmu. Ulamak ini pilihan Allah dan bukan dari lulusan universiti. Maka pendirian orang melayu bahawa sesiapa sahaja lulusan dari Al azhar, atau mekah atau madinah atau timur tengah berhak diangkat menjadi ulamak dan merupakan golongan terpilih yang wajib diutamakan sebagai pemimpin adalah bathil serta jahil. Adalah hukum alam bahawa bukan semua yang belajar boleh mendapat ilmu sebagaimana bukan semua yang didakwah berupaya mendapat hidayah. Maka tabiat melayu yang menyangka sesiapa sahaja yang pulang dari timur tengah dengan berjubah dan berserban adalah ulamak adalah "tolol" meminjam kata2 Tuan presiden PAS.

    Ulamak dapat dikenal dari ketinggian ilmunya, kemurnian akhlaknya, kezuhudan hidupnya, kesederhanaan pemikiran serta tabiatnya dan yang lebih utama tingginya rasa kasih sayang sesama saudara seislam dan manusia keseluruhannya. Ciri2 ini tidak terdapat pada keseluruhan manusia dan yang lebih penting laigi bukannya wujud pada setiap lulusan yang balik dari timur tengah. Maka seelok2nya orang melayu berhentilah bertindak dengan emosi dan pengaruh adat resam dan berubah menjadi umat islam yang berfikir sebelum bertindak dan mendahulukan Alquran dan hadis daripada taat membuta tuli. Islam itu bukan terletak pada jubah dan serban tetapi pada hati yang tunduk kepada tuhan. Islam tu bukan agama tetapi islam itu adalah diri kamu sendiri.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. Bayangkan mamat yang jaga balak di Kelantan jaga pulak benda lain di peringkat Persekutuan. Mesti kaya raya suku sakat dan sahabat handai dia. Patutlah Allah s.w.t tak bagi Pakatan Rakyat menang semasa ada PAS. Bukan boleh ditegur. Kalau ditegur jawapannya mesti lebih kurang macam ni,'Atas saya lah nak buat apa pun. Gembira, gembira.'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...tu la kan..
      Baru jd tmb keta dah 3biji.jadi tpm mau la bepuluh biji..
      Gembira..gembira

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa