Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 11, 2015

Berita yang buatkan UMNO Selangor hantuk kepala ke dinding!

DEIG tidak langgar Akta SPRM 2009, kata SPRM
DEIG tidak langgar Akta SPRM 2009, kata SPRM
Perkara itu disahkan oleh Pengarah SPRM Selangor Datuk Simi Abdul Ghani dalam satu kenyataan media hari ini. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) mengesahkan setakat ini Darul Ehsan Investment Group (DEIG) tidak melanggar sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah SPRM Selangor Datuk Simi Abdul Ghani dalam satu kenyataan media hari ini.

"Setakat ini, SPRM tidak menemui sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009) dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Bagaimanapun, sekiranya terdapat maklumat baharu yang mempunyai asas di bawah kesalahan, pihak SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," kata Simi.

Beliau turut menafikan SPRM tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kes berkenaan.

Malah katanya, SPRM telah mengambil tindakan proaktif sebaik sahaja isu penubuhan DEIG ini dilaporkan media pada 19 Ogos lalu dengan menemubual beberapa saksi serta mengambil dokumen berkaitan.

Berhubung isu zakat yang dikaitkan dengan DEIG, SPRM katanya, telah menjalankan siasatan sejak Julai lalu dan siasatan tersebut masih lagi dijalankan.

SPRM sebelum ini didesak pelbagai pihak supaya menjalankan siasatan bagi meneliti kemungkinan wujudnya amalan penyalahgunaan kuasa dalam pemindahan aset Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bernilai kira-kira RM30 bilion.
Bagaimanapun, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kewujudan DEIG diketahui semua Adun Selangor sejak awal penubuhannya dan sebarang keraguan mengenai kewujudan entiti itu tidak sepatutnya ditimbulkan kerana maklumat mengenainya dibentangkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ogos lepas.

Azmin juga dilaporkan berkata entiti yang ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri itu masih belum memulakan operasi malah tidak terlibat dengan mana-mana transaksi sehinggalah pada awal 2016.

6 comments:

  1. BODOH NYA PAS DAN UMNO BAGAI ABANG ADIK. MACAM MANA NAK MAJU , BAHALOL SANGAT DAN BANGGA PULAK JADI BENGGAP!!!!!!

    ORANG ORANG MELAYU SEMUA TU.

    KESIAN KAN??????

    ReplyDelete
  2. BPR NI TAK BUAT SOLAT LAGI KA
    TUNGGU BALA SATU LAGI MAI
    INGAT ALLAH BILA SUSAH BILA SENANG
    GUA TAK SINANG

    ReplyDelete
  3. kesian GHB dan cainya kerana hari-hari maki ulama dan menjadikan agama lekeh. Kesian padanya. Sungguh kasihan. Kalau terus tidak sedar lagi kasihan kerana matinya menolak ulama, merendahkan agama sendiri dan menjadikan rakan anti hududnya idola.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulama sentiasa kami sanjung. Pegangannya kami ikut.

      Ular mak memang kami maki. Sbb kerja ular mak tak habis2 nak mintak walak, buat fitnah pil kuda, membaruakan kawan, menghanjingksn kawan. Membaiahkan bini kawan, mewalikan kengkawan, bermulut busuk dan menjadi mat balak. Kami rasa itu memang kerja ular mak yg dilarang oleh ulama.

      Delete
    2. Bro kau selidik dulu...cari sapa yg busuk perut, membaruakan orang,fitnah orang baiah menghancurkan Rumah tangga kawan...lu pikir la bro...kalau kepala dah busuk apa macam bro..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa