Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 6, 2015

Gempar: Timbalan Pendakwaraya pula hilang!

Timbalan Pendakwaraya Kevin Morais dilaporkan hilang
UPDATED: Sep 5, 2015 10:38pm
Kehilangan Kevin menjadi viral di kalangan ahli keluarganya yang meminta kerjasama semua pihak untuk memaklumkan sebarang berita mengenainya. Foto

KUALA LUMPUR, 5 September:

Timbalan Pendakwaraya terkenal, Kevin Anthony Morais dari Jabatan Peguam Negara dilaporkan hilang.
Beliau yang juga bekas orang kanan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan, dikatakan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu.
Difahamkan, seorang rakannya cuba menghubungi beliau pada hari itu, bagaimanapun, tidak dijawab.
Sumber memberitahu The Rakyat Post, pemeriksaan di pejabatnya mendapati, beliau gagal hadir ke tempat kerja pada Jumaat lalu.
Rakan beliau kemudian dikatakan menghubungi abang sepupunya, Datuk Richard Morais, yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jinjan pada jam 6 petang tadi.
Kehilangan Kevin menjadi viral apabila ahli keluarganya merayu untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai kehilangannya.
Difahamkan, Kevin kali terakhir menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.
Pada masa sama, sumber SPRM mendedahkan bahawa Kevin kebali ke Jabatan Peguam Negara selepas menyelesaikan tugas di SPRM.
“Dia sebelum ini berkhidmat sebagai pegawai pendakwaraya di SPRM,” menurut sumber itu.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul Assistant Komisioner R Munusamy mengesahkan ada laporan dibuat di balai polis daerah.
“Saya hanya boleh mengesahkan ada laporan dibuat,” katanya ketika dihubungi. - sumber

7 comments:

  1. Makin menghangatkan kes adalah. Haih mcam2

    ReplyDelete
  2. Dia adalah saorang saksi kes Rosli Dahalan Vs SPRM.DLL.
    Dia diskrew teruk semasa dalam perbicaraan tempuh hari

    ReplyDelete
  3. Kabommmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!

    Pelabur pon takut dah nak melabur di Malaysia

    Orang Orang Melayu siap sedia cari Kapal chabut chabut chabut ke India ikut gaya ROHINGYA

    Kenapa bela dokong BIAWAK HIDUP LAKI BINI pon.....

    ReplyDelete
  4. Semoga selamat semuanya.cari jgn tak cari go pdrm go.kena culik tak.pergi
    meĺancung.antoya hari tu berapa lama cari.hati hati para pegawai yg berkaitan.savety fisrt ok.

    ReplyDelete
  5. apa saja manusia sanggup buat asalkan matlamat tercapai apatah lagi kalau ada kuasa
    kalau tim pendakwara raya pun boleh hilang
    paham paham saja la

    ReplyDelete
  6. Kat mesia ni enjin jet tudm pun boleh hilang...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa