Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 9, 2015

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN
7hb SEPTEMBER 2015‎

Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak.

Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Parti Amanah Negara berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen.

Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan) dan mengambilkira Perlembagaan negara.

Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang,  persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak.

Kekeliruan yang timbul akibat laporan daripada The Malaysian Insider seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan.

Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami.

Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
6 September 2015

2 comments:

  1. Mana boleh nak sokong hudud tanpa perbincangan, kan cangkul kena minta restu dulu dengan roket, tak usah kata nak bincang, roket bila dengar hudud je dah berasap exzos macam nak ke bulan. Lebih baik cangkul jangan sebut hal-hal berkaitan Islam dengan roket kalau nak bertenggek atas cerobong exzos roket nanti hangus terbakar, jalan paling selamat bagi cangkul adalah gali lubang kuburkan saja hudud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg asas nya pun tunggang terbalik...ada hati nak laksana hudud...nak mengalih isu...isu hudud le yang dibangkitkan...konon memgaku islamist tapi tah le..tak sanggup nak mengata lagi

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa