SUMMARY ISU BESAR KELANTAN -
# Mohon Saf Mb, Tmb, Exco Letak Jawatan.
Ini kegagalan urus tadbir korporat dan bisness berkaitan Glc, bukan lagi isu politik.
1. Banjir Besar - Rumah Banjir, 2600 biji perlu siap sebelum Aidilfitri lepas, kinihanya brapa % sahaja siap.
2. Pembalakan Haram Ulu Sat - 1 Pegawai Glc & 8 Kakitangan Jabatan Perhutanan Kelantan ditahan SPRM
3. Saman Kerajaan Negeri isu Lebuhraya Rakyat RM230juta oleh Dae HanguruInfra
4. Kalah Saman kes Balak RM2.3 juta, kes Jun 2013 (Selepas PRU13).
5. Ingin jual PMBK SAWIT sdn bhd yang sebelum PRU13 untung berjuta2, kini dikatakan ingin dijual sebab Rugi?
6. Hudud - Hanya dibentangkan di Sidang Du , untuk bentang di Parlimen belum hantar lagi usul untuk dibahaskan. Apa nak jadi?
7. Royalti - Hanya sangkut di Mahkamah dan Jawatankuasa Bayaran Tunai peringkat Pusat, tanpa ada tindakan susulan seperti zaman Arwah TGNA. Sedangkan tunggakan RM12 Billion boleh membantu menyelesaikan semua isu berbangkit berkaitan Kewangan.
8. Stadium - akan naik rasanya.
PUNCA SEMUA INI ADALAH: KELEMAHAN URUS TADBIR KERAJAAN NEGERI KELANTAN SEKARANG.
- Rumah Banjir - Kelewatan urus Tanah, Kerajaan Tiada Duit
- Balak Ulu Sat - Syarikat GLC, jika ada kaitan dengan Kelemahan BOD GLC mengawal urustadbir anak syarikat Kerajaan Negeri hingga berlakunya penyelewengan dan penebangan luar kawasan.
- Lebuhraya Rakyat : Saman Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (Korea) kepada GLC Kelantan juga sebab Kerajaan Negeri batalkan perjanjian mereka dengan bagi pada syarikat Ecobound, yang akhinnya tarik diri. Akhir sekali jadi projek "Ratah balak"
- Kalah saman Balak RM2.3 juta juga dari Kelemahan Glc Kelantan, yang mana Exco2 dan Adun jdi BOD pd sykt tersebut.
- Pmbk Sawit ingin dijual? Sebab apa? BOD PMBK Sawit juga yang bermasalah, bila GM lama yang sentiasa memberi keuntungan kepada syarikat diminta lepas jawatan segera, apabila beliau submit surat letak jawatan, tanpa ada "counter offer", terus suruh letak jawatan berkuatkuasa serta merta, akhirnya lantik Kroni jadi GM dan syarikat kini mengalami rugi selepas diurus oleh mereka yang kurang mahir.
- Royalti - Nampak tiada kesungguhan sebuah Kerajaan Negeri menuntut hasil negeri daripada Kerajaan Pusat selepas TGNA bersara dari Mb pasca PRU13. Padahal banyak Manifesto Pas Kelantan pada Pru13 adalah bersadarkan "Jika dapat Royalti.... kita akan buat?"
KESIMPULAN:
Saya minta jasa baik MB, TMB dan EXCO KELANTAN perlu LETAK JAWATAN sempena Sidang Dun yang bakal berlansung nanti. Senua isu diatas bukannya isu Politik, tapi Isu Anda Tidak Pandai Mentadbir hingga jadi LIABILITI kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang kami cintai.
Bertangungjawablah dan akuilah bahaya anda semua Lemah Mentadbir Kerajaan Kelantan, serahkan kepada ADUN2 lain yang lebih Efektif dan Efisyen dari segi kerja mentadbir sebuah Kerajaan.
InsyaAllah rakyat Kelantan boleh menerima perlepasan ini, dan Kerajaan Kelantan akan pulih segera.
Saya sayang Kerajaan Negeri Kelantan, teguran saya ini kerana sayangkan bumi Kelantan.
Minta perbetulkan jika saya silap, moga ada sinar baru lepas ini. Amen.
Syam Ghaz
- via whatsaap tanpa edit
Abe
ReplyDeleteKepada mat rileks aka mat banglo serta nik rover,selesaikan isu2 ini dgn segera.
Rakyat kelate sedang memerhati dan menilai kamu.
Kelantan sebenar kaya dgn hasil bumi dan berbagai lagi kekayaan dianugerah Allah.
ReplyDeleteTapi malang bagi rakyat Kelantan tadbir - urus pihak berkuasa pada zaman umno mahupun kini pas tidak telus dan berkepentingan.
Berkopiah putih atau berseban hanya sebagai wayang wayang dilihat beragama sedang ilmu tadbir - urus., ilmu ekonomi , ilmu kewangan tidak dimiliki oleh mereka.
Lebai dan Libung sibok berpolitiking sesama sendiri demi kuasa dan laba.
Saya yakin dan percaya Kelantan pastinya lebih maju dan kaya sekiranya mandat mentadbir diberikan kpd pihak professional bersifart telus utk memajukan Kelantan sebagai Hub Ekonomi Melayu Islam.
Penerokaan Ekonomi Kelantan masih 20 tahun terbelakang berbanding Melaka , Negeri 9 dan Perak.
Pihak Lebai Pas di Kelantan jgn sombong dan keras kepala - beri lah ruang dan peluang kpd kumpulan pro sebelum umno merampas Kelantan.