Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 10, 2015

Lagi pekung 1MDB dan bekas KM Sarawak Taib Mahmud

08:30PM Sept 09 2015
oleh Hazlan Zakaria

KOMEN: Di saat saga 1MDB terus berkembang, ketika media yang mempunyai niat politik berterusan menyerang beberapa pemimpin Pembangkang persekutuan menuduh mereka membeli data curi, lebih banyak pendedahan di luar negara sedang disasarkan kepada pihak  berkuasa, malah mungkin lebih banyak pendedahan bakal dilakukan.
Pertama sekali adalah pendedahan Wall Street Journal yang melaporkan kekilafan pengendalian kerajaan United Arab Emirate ke atas cabang pelaburan negaranya, Aabar Investment melalui syarikat subsidiari IPIC dengan dana asing Malaysia.
Ini termasuklah kehilangan US$1.4bilion dalam bentuk bayaran yang sepatutnya dibuat oleh dana asing Malaysia kepada IPIC. Duit yang didakwa oleh sumber dalaman telah hilang, atau lebih tepat lagi tidak direkodkan dalam dokumen IPIC.
Kejadian pelik yang dilaporkan itu nampaknya selari dengan tindakan negara itu yang menggantikan pegawai eksekutif tertinggi syarikat pelaburan negara dan menstrukturkan semula syarikat tersebut, bagi mengelakan terus terkena tempias pendedahan 1MDB.
1MDB, seperti biasa menggunakan modus operandi mengeluarkan kenyataan menafikan semua tuduhan yang dibuat ke atasnya.
Syarikat itu berkata yang ia tidak boleh bercakap mewakili Aabar atau IPIC, tetapi boleh mengesahkan yang kenyataan kewangan auditnya mempunyai rekod bayaran dan tujuan bayaran dilakukan.
Walaupun ia tidak memberikan perincian bagi mengelakan keraguan, bayaran itu distrukturkan sebagai deposit, dikategorikan sebagai aset kewangan berbanding perbelanjaan atau tanggungan, mungkin langkah yang sama diambil apabila mereka menggambarkan deposit sebagai “unit”.
Satu bukti kaedah kreatif yang rekod kewangan 1MDB yang menimbulkan lebih banyak keraguan, dan bukannya mengurangkan keraguan, bertentangan dengan hasrat syarikat itu.
Ia juga menekankan yang siasatan salah laku sebelum ini telah membersihkan namanya daripada semua salah laku.
Bagaimanapun siasatan ke atas dana itu masih di buka dan sedang dijalankan, walaupun wujud gangguan operasi badan siasatan yang telah menghentikan seketika siasatan itu baru-baru ini.
UAE bukanlah negara Timur Tengah pertama yang dikaitkan dengan liku-liku skandal 1MDB.
Kerajaan Arab Saudi dilaporkan tidak gembira apabila namanya dikaitkan dengan ‘pelaburan’ 1MDB melalui kes seperti Petrosaudi, selain sumbangan derma misteri yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi pemimpin negara.
Kedua ialah tuduhan amalan rasuah yang dilakukan oleh Gabenor Sarawak Taib Mahmud ketika dia menjadi ketua menteri negeri yang kaya dengan sumber alam itu, yang mungkin melibatkan aktiviti pelaburan wang haram.
Tuduhan berterusan rasuah dan salah guna kuasa yang dilemparkan oleh kumpulan pendesak hak orang asal Bruno Manser Fonds atau BMF menuduh Taib dan keluarganya melakukan aktiviti pelaburan wang haram, yang dikatakan melibatkan wang yang dicuri dari rakyat Sarawak.
Kali ini melibatkan perjanjian meragukan yang dikatakan melibatkan ahli keluarga Taib memiliki hotel di Australia menerusi cara dana dibiayai oleh sebuah syarikat yang dimiliki mereka secara misteri.
BMF mendakwa yang duit itu dilaburkan secara haram melalui rangkaian rumit syarikat pemegangan untuk menyembunyikan ia sebenarnya dari Taib dan konco-konconya.
Tuduhan NGO itu nampaknya diberikan perhatian serius sehingga sebuah usul dibentangkan  di Parlimen Austalia Selatan bagi menyiasat perkara tersebut dan menghukum mereka yang bersalah.
BMF sebelum ini menuduh Taib dan konco-konconya menggunakan struktur korporat yang rumit, bagi menyembunyikan duit yang dicuri dari syarikat hartanah Sarawak di Amerika Utara dan Eropah.
Taib dan keluarganya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebelum ini, dan menyifatkan tindakan itu sebagai usaha orang asing yang mahu masuk campur dalam politik Malaysia.
Walaupun 1MDB dan Taib telah berulang kali mengatakan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, mungkin ia satu petunjuk bak pepatah kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, apatah lagi apabila lebih banyak isu yang melibatkan kedua-kedua pihak bermasalah ini tiba-tiba muncul di seluruh pelusuk dunia.
Bersalah atau tidak perlu diputuskan melalui mahkamah, tetapi yang lebih mustahak adalah pihak berkuasa siasatan dibenarkan menjalankan kerja mereka bagi membersihkan nama mereka yang terlibat atau mendakwa pihak yang bersalah dalam situasi yang mencemarkan nama negara ini.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di  hazlan@hckmedia.com

6 comments:

  1. What's up, just wanted to mention, I enjoyed this
    article. It was funny. Keep on posting!

    Here is my web site Ide Usaha

    ReplyDelete
  2. Woah! I'm really enjoying the template/theme of this
    website. It's simple, yet effective. A lot of times it's tough to get that "perfect balance" between superb usability and appearance.
    I must say that you've done a superb job with this. Additionally, the blog loads super quick for me
    on Chrome. Outstanding Blog!

    Also visit my webpage; Resep Masakan Nusantara

    ReplyDelete
  3. Hello, i read your blog from time to time and i own a similar one and
    i was just wondering if you get a lot of
    spam responses? If so how do you protect against it, any
    plugin or anything you can suggest? I get so much lately it's
    driving me insane so any assistance is very much appreciated.


    my page: Resep Masak

    ReplyDelete
  4. Link exchange is nothing else however it is only placing the other person's blog link on your
    page at suitable place and other person will also do similar in favor of you.


    Here is my website Resep Rendang Padang

    ReplyDelete
  5. Hi! This is my first visit to your blog! We are a group of volunteers and starting a new initiative in a community
    in the same niche. Your blog provided us useful information to work on. You
    have done a outstanding job!

    my web blog ... Tanda Hamil

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa