Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 5, 2015

Nakhoda Bangang, Nakhoda Tolol?

Kisah 2 Orang Nakhoda, satu Bangang, satu Tolol
SATURDAY, SEPTEMBER 05, 2015

Ini adalah kisah dua orang Nakhoda Bahtera yang masing-masing sedang dilambung ombak ..... Seorang bergelar Nakhoda Bangang, mengambil sempena perkataan yg gemar diungkapnya.  Seorang lagi bergelar Nakhoda Tolol, juga mengambil sempena perkataan yg gemar diungkapnya.

Rupa-rupanya Nakhoda Bangang dan Nakhoda Tolol sememangnya sehati dan sejiwa. Patutlah mereka saling puji memuji antara mereka. Malah hobi mereka juga sama - suka menggelar orang dengan kata-kata yang kesat dan biadab!

Nakhoda Bangang

Ramai yang berasa keciwa bila  Nakhoda Bangang ini menggelar kaum Melayu “bangsat” jika Umno hilang kuasa. 

Umno yang dikatakan satu-satunya bahtera untuk membawa bangsa Melayu berlayar dalam lautan yang bergelora ini dibayangkan akan karam. Bahtera Umno hanya akan selamat jika terus dibawah kemudi Nakhoda Bangang!

Lalu berkatalah Nakhoda Bangang ini kepada anak-anak kapalnya - "Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan

Kata-kata tersebut menjadi viral dan mengundang pelbagai reaksi mengecamnya. Hinggakan seorang bekas ketua pengarang Kumpulan News Strait Times Sdn.Bhd, A Kadir Jasin dalam entri diblognya menempelak dan menggelarnya sebagai 'Nakhoda Fenin'!

Nakhoda Tolol

Secara kebetulan, ada lagi seorang Nakhoda bahtera yang lebih 'fenin' dari yang sibangang ini. Orang ini jenis yang gemar membawa bahteranya berbalik haluan hingga menyebabkan ada anak kapal yang bila membantah arahannya dimaki hamun dengan kata-kata nista 'broker' dan 'barua'

"Tidak boleh ada dua nakhoda dalam satu kapal!" amuknya apabila kedudukannya terancam.


Tugas seorang Nahkoda Kapal adalah diatur oleh peraturan dan perundang-undangan tertentu.Tapi Nakhoda ini hanya menganggap dia saja yang betul. Dia buat u-turn ketika masa laut bergelora ikut sesuka mahunya!   

Anak kapal di anjungan berantakan sesama sendiri sebab arahan Nakoda Tolol ini yang sering flip-flop! Hinggakan sebahagian anak kapal yang setia kepadanya mencerca dan melabel pelbagai penghinaan sesama rakan sendiri malah sanggup mentakfir.


Kesemua kekalutan yang berlaku diatas adalah tanggung jawab Nakhoda. Kalau tindakan Nakhoda lemah dan gagal hingga membahayakan keadaan bahtera, maka perlulah ditukar Nakhodanya. 

Apabila gagal untuk menukar Nakhoda Tolol, maka jalan yang terbaik adalah berpindah ke bahtera yang lain....Lagi pula dia pernah berkata: 


"Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yg sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. PasMa ni ibarat mereka yg menebok kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera UMNO. sumber

Mengulas kenyataan diatas, jelas yang Nakhoda Tolol ini lupa bahawa kesemua bahtera PKR, DAP dan PAS belayar menuju destinasi sebagai satu kelompok armada dalam gabungan tahaluf siyasi.   

Nakhoda Tolol menganggap bahtera PAS itu seolah-olah miliknya sendiri dan dengan sombong dan bongkak, menghambat keluar anak kapal yang sering bertelagah pandangan dengannya. Anak kapal menyertai sebuah NGO PasMa pun dituduh mahu bocor dan merosakan bahtera... 


Kini akhirnya, maka ramailah anak-anak kapalnya telah keluar untuk menyertai bahtera lain yang baru ...  

Apakah anak kapal dan penumpang yang berasa tidak selamat itu terlalu bangang (tumpang kata-kata .....), atau tolol (tumpang istilah ....), untuk tidak mahu memilih bahtera yang lain dan baru?


Dua Nakhoda ini beranggapan bahtera mereka selamat ditumpangi, waima bahtera masing-masing diamuk ombak menyebabkan ramai anak kapal dan penumpang berasa tidak selamat untuk terus berada didalamnya lalu berantakan.  

Dua Nakhoda ini sepatutnya mengakui bahawa mereka berhadapan dengan imej sebagai nakhoda yang buruk. Tidak hairanlah kenapa ada yang berani memijak gambar mereka berdua....  - sumber

9 comments:

  1. Macam mana orang orang Melayu boleh bangga jadi BODOH meng angkat Orang Benggap Lagi Tolol sebagai Ketua Kabilah????

    Macam sudah di SIHIR ?????

    Kepala Otak !!!!!

    ReplyDelete
  2. Ada satu persamaan antara keduanya. Disuruh MELETAKKAN jawatan, tapi TAK MAHU.

    ReplyDelete
  3. Saya sokong yulisan dari admin ini. Suatu yg nyata sedang berlaku.

    ReplyDelete
  4. PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
    1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

    2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

    3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

    4. Mempunyai aura-aura sayang UMNO dan pemimpinnya berpeluang muncul kerap di TV3 atau Utusan.

    5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

    6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

    AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

    ISLE-ISLE

    ReplyDelete
  5. Semakin baik nampak seni kutukannya.kutukan utk hadi nampaknya lebih panjang.karangan yg baik bkn bererti karangan yg betul.sendiri nilaikan ya.apapun jika sesuatu yg tdk betul bertempek kpd anda rasanya anda perlu membuangnya.namun masing masing punya fikiran sendiri.fikiran pun tdk semestinya betul sebijakmanapun anda ada kejahatan yg masih boleh menguasai.semoga kita semua mendapat keberkatan dr apa yg kita lakukan

    ReplyDelete
  6. Org tak kan senang senang nak tukar kapal hanya kerana cerita kutukan seperti ini encik.ini akan buat org berfikir semula .tunjukkan sisi yg baik baru boleh yakinkan orang.

    ReplyDelete
  7. Mountdweller adalah saru medium penyebar fitnah.

    ReplyDelete
  8. PAS sebuah parti hipokrit, menggunakan agama dan mencagarkan wanita atau isteri untuk kepentingan politik. Caranya tak ubah macam zaman arab Jahilliah... Selamat tinggal bahtera PAS (Parti Aslam Semalaysia).

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa