Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 7, 2015

Orang Lama manaruh bimbang, Orang Muda?

Yang ni pun mungkin termasuk yang bebal seperti diperkatakan Mahfuz itukah?
Baca nih: Sumpah bai’ah kuatkan ahli Pas, kata Nik Abduh

Usah pandang ringan isu ahli, pemimpin kecewa
WARTAWAN SINAR HARIAN
6 SEPTEMBER 2015
Abdul Fatah Harun

RANTAU PANJANG – Pas dinasihat tidak memandang ringan isu ahli dan pemimpin yang kecewa kerana jumlah tersebut dilihat semakin meningkat seterusnya menjadi salah satu punca pengurangan undi dalam pilihanraya akan datang.

Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, pemimpin yang kecewa di bahagian pusat atau negeri tidak begitu ramai tetapi ia memberi kesan kepada pemimpin bawahan, ahli parti, pengundi dan penyokong.

Menurutnya, makin lama sesebuah parti politik memerintah negeri atau negara, makin ramai puak yang kecewa kerana terhadap parti tersebut.

“Agak mustahil nak melayani kehendak semua rakyat khususnya ahli dan pengundi tegar mereka, apatah lagi Pas memerintah lebih 23 tahun di Kelantan, sudah tentu ramai yang kecewa dengan pentabiran dan pemerintahan kerajaan selama ini.

“Terdapat beberapa punca mereka kecewa antaranya sikap ego sesetengah pemimpin, tidak mendapat layanan yang sempurna daripada wakil rakyat, perubahan mendadak (kejutan budaya) sesetengah wakil rakyat dan pemimpin parti dan perebutan jawatan,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan jawatan politik membabitkan ahli majlis daerah, penghulu, pegawai dakwah, guru al-Quran, pengambilan peserta Ladang Rakyat dan pemberian ‘one off’ subsidi turut menyumbang kepada rasa kecewa.

Fatah turut bertanya, sama ada Pas membuat kajian terhadap perkara melibatkan ahli yang kecewa hingga tak mahu bergerak cergas dalam parti dan sikap tunggu dan lihat saja perkembangan yang berlaku.

Ada juga katanya, ahli yang berhasrat hendak keluar parti tapi takut diambil tindakan kerana mereka masih ada kepentingan dengan kerajaan.

“Antara jalan penyelesaian, semua pihak perlu bertanya khabar atau berjumpa secara berdepan terutama golongan ulama di kalangan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Fatah yang juga bekas Adun Bukit Tuku berkata, Pas perlu mencari inisiatif baharu supaya rakyat nampak dan boleh membuat perbandingan, selepas berlakunya pergolakan dalaman.

Ini kerana katanya, rakyat sudah tidak berbangga dengan tugas pemimpin Pas malah mereka mahu lihat perubahan drastik yang mampu dilakukan demi Kelantan.

4 comments:

  1. Bahalol nya pemimpin PAS tiada batas nya...

    Macam mana orang orang Melayu kampong boleh di BON BON sampai kemaruk jadi ahli PAS

    Waduh!!!!!!

    Kesian anak cucu cicit kat kampong terus papa kedana miskin harap duit pau pau pau dari Gomen.

    ReplyDelete
  2. Guano tok tuo abduh kecek ni
    Kepanasan ko
    Ko nok metakedarah hutan balak lagi
    Pakat2 la nge razak abas selak kain tu
    Cari hutan balak lain la pulok suruh abduh ejah nge mad yakub dan nik amar range rover tu..

    ReplyDelete
  3. jangan bimbang pak hj fatah.. pas kan makin kuat/ ahli makin brtambah .. pas pun dok kemaruk dgn parti2 lain mcam pakatan rakyat..ghb tu parti nyamuk jah.. tk taauu la nyamuk aedes ko atau nyamuk malaria... klau nk marah le nyamuk bakar je kelambu & kita pakat tidor dlam kemah . . takbiir

    ReplyDelete
  4. Bloq ni ada bau hangit tp tak apa la masing masing ada pandangan sendiri.jgn sampai sendiri terbakar sudah.semoga nanti dpt bau minyak wanggi pulak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa