Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 5, 2015

Rasa tanak peduli tapi nak tahu.......

Khabar angin mula bertiup menjelang mesyuarat MT Umno 
08:30PM Sept 04 2015
oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Ada pepatah Melayu berbunyi, “Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang.” Dan mutakhir ini memang banyak khabar angin seputar mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 9 September ini.
Mesyuarat itu dijangka panas, memandangkan ia kali pertama ahlinya bermesyuarat selepas Perdana Menteri Najib Razak memecat timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin dan naib presiden Shafie Apdal daripada Kabinet.
Bagi Najib, mesyuarat ini boleh menjadi peluang untuk menghentikan penentangan dalaman berikutan seruan agar beliau berundur ekoran skandal “derma” RM2.6 bilion yang berkaitan dengan salah laku dalam 1MDB.
Pada 3 September lalu, pesanan WhatsApp yang mendakwa Muhyiddin, Shafie dan lima lagi pemimpin Umno akan dipecar ketika mesyuarat itu mula tersebar.
Lima pemimpin itu adalah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir, MP Kulim Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said, MP Sepanggar Jumat Idris dan Adun Sungai Rapat Hamidah Osman.
Beberapa bulan ini, mereka secara terbuka mengkritik usaha Najib untuk “menutup” skandal yang telah menyebabkan beliau dikecam di peringkat antarabangsa.
HishamuddinHishamuddin
Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein menafikan dakwaan tersebut dan berkata lebih banyak isu penting yang perlu dibincangkan.
“Mesyuarat majlis tertinggi adalah acara tertutup dan perkara yang dibawa dalam mesyuarat tidak patut dibincangkan di forum terbuka,” kata naib presiden Umno itu seperti dipetik akhbar The Star.
Namun begitu, ahli jawatankuasa disiplin Umno Megat Najmuddin Megat Khas ketika dihubungi berkata, majlis tertinggi mempunyai kuasa untuk memecat mana-mana ahli atas dakwaan kesalahan mengikut perlembagaannya.
“Majlis tertinggi ada prerogatif untuk menentukan apa-apa tindakan terhadap ahlinya.
“Kuasa kami (jawatankuasa disiplin) adalah untuk menasihati majis tertinggi, dan mereka juga boleh memilih untuk memintas kami dalam memutuskan apa-apa tindakan,” katanya kepada Semut Harian.
Timbalan Pengerusi Tetap Umno Mohamad Aziz pula berkata, perlembagaan parti memberikan kuasa membuat keputusan tertinggi kepada perwakilan dalam mesyuarat agung tahunan.
Megat NajmudinMegat Najmudin
Dengan tiadanya perhimpunan, kuasa diberikan kepada ahli majlis tertinggi.
Mohamad Aziz berkata, apa-apa langkah oleh majlis tertinggi untuk memecat ahli akan diputuskan melalui proses undian.
“Benar mereka boleh mengundi untuk memecat ahli. Tetapi mengapa perlu buat demikian?
“Khabar angin ini tidak seharusnya berlaku. Saya bimbang ia akan lemahkan Umno. Kekuatan kita bergantung kepada perpaduan kita (ahli),” katanya yang juga speaker DUN Johor dan sudah menjadi ahli Umno selama 55 tahun.
“Apabila mereka yang di atas (pemimpin Umno) berpecah, tahulah apa yang akan berlaku di akar umbi,” katanya lagi.
Di kalangan ahli majlis tertinggi, Mohamad adalah antara yang paling awal mempertahankan Muhyiddin daripada apa-apa kemungkinan tindakan parti ke atasnya.
Kini pastinya saat-saat sukar buat Najib dan Umno, namun seperti yang dinyatakan wartawan veteran A Kadir Jasin, “biarkan (khabar) angin itu berlalu sepoi-sepoi bahasa. Kita nikmati kedinginan atau kehangatannya.”
Dari jauh, khabar angin ini mungkin seperti hanya bertiup lembut.
Namun jika Najib selaku nakhoda Umno gagal membaca arah pergerakan angin itu, jelas kapalnya pasti akan dilambung ombak dan karam akhirnya.
Maka bergantung kepada anak kapal untuk menentukan sama ada mereka mahu karam bersama nakhoda, atau bersama-sama memulakan pemberontakan, sementara masa masih ada.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com

1 comment:

  1. Bahalol.

    UMNO semua tuk orang orang Bahalol hidup mentedarah Rasuah saja.

    Semua berebut rebut nak mentededarah bebende haram.

    Kepala Otak!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa