Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 13, 2015

Seruan untuk Hadi berundur kerana telah ternyata gagal........

BERUNDURLAH WAHAI AYAH CHIK

Assalam n salam sejahtera semua. Saya Zaidi bin Ahmad, bekas mejar TUDM, no ahli PAS 261663, berpendapat bahwa krisis yg berlaku dlm pakatan pembangkang harini khususnya PAS dapat diselesaikan InshaaAllah, dengan Presiden PAS, Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang (DSHA), melepaskan jawatan beliau sebagai presiden PAS supaya Timbalan beliau Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) dapat mengambil alih. Saya membuat desakan ini atas sebab2 berikut;

1. DSHA telah GAGAL untuk mengelakkan perpecahan PAS dengan tertubuhnya GHB dan seterusnya PAN

2. DSHA juga telah bertanggungjawab memulakan (dan masih meneruskan) budaya label melabel dlm parti terutamanya semasa muktamar lepas dengan menggelar sehahagian shbt2 seperjuangan yg bertanding (sesuatu yg dibenarkan dlm perlembagaan) dengan panggilan buruk dan berunsur fitnah seperti "calon pilihan DAP" dan "medan buang golongan sekular". DS juga langsung tidak menegur apabila sebahagian ahli PAS melabel sebahagian yg lain dengan label2 yg buruk seperti JEBON, MUNAFIK HARAKI, PARASIT dan sebagainya lagi sedangkan ianya terang2 dilarang oleh Allah SWT melalui Ayat 11 Surah Al Hujurat. Sikap label melabel ini telah mencemarkan imej Islam dan imej ulama yg DS bawa sehingga memalukan umat Islam khususnya ahli2 PAS. Terbaru DS telah menggunakan istilah BABI DALAM BUKIT dan TAHI bila merujuk kepada golongan yg keluar PAS dan menubuhkan parti baru.

3. Selepas selesai muktamar DSHA sepatutnya menjadi "pendamai" dan mengajak semua pihak ke meja rundingan supaya ukhuwwah sesama jamaah dpt dipertautkan kembali, namun sebaliknya DS telah bertindak "menghalau" mereka2 yg tidak berpuas hati dan mencabar mereka supaya menubuhkan parti baru

4. Bertanggungjawab sepenuhnya atas keruntuhan Pakatan Rakyat apabila melarang usul putus hubungan dengan DAP dari dibahaskan dan seterusnya bersetuju usul tersebut diterima tanpa bahas

5. Terperangkap dengan "janji airmata" umno kononnya umno nk tolong PAS buat hudud sehingga mengorbankan keutuhan dlm PR, sedangkan DS sendiri ada menyatakan yg hudud tak boleh dilaksana selagi masalah ekonomi tak selesai. Sekarang dh nk masuk persidangan parlimen ketiga, bayang RUU Hudud pun tak nampak lagi

6. Pertembungan 3 penjuru yg dijangka bakal berlaku dlm PRU akan dtg diantara PAS-AMANAH-UMNO dijangka akan memberi lebih kelebihan kepada UMNO. TITM dilihat sebagai pemimpin yg non confrontational dan dipercayai mampu utk membawa semula pihak2 yg bertelagah ke meja rundingan dan setwrusnya merintis jalan kearah penyatuan semula PAS.

7. DS telah menunjukkan sikap sombong dan bongkak apabila menyatakan PAS tidak berminat utk menyertai PR 2.0 (walaupun cuba diberi laluan oleh YB MB Selangor). Semua org tahu dan sejarah telah membuktikan bahwa PAS perlu kerjasama dan sokongan parti2 lain dlm usaha mengambil alih pemeringahan Malaysia. Jika DS yakin sangat PAS boleh bersensirian maka silalah umum yg PAS akan keluar dari kerajaan negeri Selangor harini juga.

8. Semakin hari semakin ramai ahli yg keluar PAS, yg keluar pula bukan stakat.ahli2 biasa tetapi pemimpin2 termasuk MP dan ADUN2 PAS sementara banyak kawasan2 malah negeri dimana kekuatan PAS hampir lumpuh, terutama negeri2 di Pantai Barat, ini sesuatu yg luarbiasa dan belum pernah terjadi dlm sejarah PAS, namun apa yg DS ulang2 setiap hari adalah "ini penapisan Allah" tanpa mahu mengakui bahwa ianya menunjukkan kegagalan DS sebagai seorang pemimpin.

9. Kemesraan DS dengan pimpinan UMNO terutama DS Najib menimbulkan keresahan ramai ahli ditambah lagi dengan kenyataan2 DS yg dilihat "membela" UMNO seperti dalam isu RM2.6 bilion "perlukan saksi", UMNO tidak seburuk firaun dan paling ketara sekali apabila memutuskan PAS tidak menyertai Bersih 4.0 yg tema utamanya ialah mendesak DS Najib meletak jawatan

10. Kebongkakan paling tinggi ialah apabila DS mengumumkan yg PAS akn bertanding di kerusi DAP pada PRU akn datang sedangkan semua org tahu jika PAS masuk maka undi umat Islam akn berpecah dan akn memberi kelebihan kepada BN. Jadi adakah DS telah dengan rela hati menjadikan PAS sebagai "alat" utk memenangkan BN?

11. Ayuh buktikan yg DS adalah pemimpin berjiwa besar sebaris dengan Almarhum Dato' Asri yg sanggup berundur dari dunia politik demi perpaduan ummah, mengatasi kecintaan kepada pangkat dan kedudukan.

12. Jika sekiranya DSHA masih enggan meletak jawatan maka sya dengan ini menyeru ahli2 PAS supaya menggunakan peruntukan dalam perlembagaan PAS Fasal 18 (1) (b) yg berbunyi "Muktamar Khas - Muktamar Khas PAS bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh Presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang2nya satu pertiga daripada AJK PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan2. Maka dalam Muktamar Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa2 perkara selain daripada perkara yg kerananya Muktamar Khas itu diadakan." Muktamar Khas diperlukan untuk pemilihan semula jawatan Presiden atau boleh juga pemilihan semula keseluruhan AJK PAS Pusat.

Jika anda menyokong saranan sya ini sila letak nama sendiri dan masukkan lagi poin2 yg dirasakan sesuai dan viralkan ke grup2 lain supaya msg ini sampai kepada seluruh ahli PAS khususnya Presiden DSHA. Tksih n wassalam

15 comments:

  1. Buat apa Mejar susah-susah nak campur urusan PAS, tak perlu nak sedarkan akar umbi, mereka masih sedar dan masih berada dilandasan yang berul. kalau tak setuju dengan TGHA Mejar boleh ikut jejak Mat Sabu jadi pahlawan cangkul atau ikut Pak Samad naik roket, tinggalkan bulan purnama. Tiada siapa nak halang teruskan perjuangan kamu, biarkan PAS dengan perjuangan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifat macam ini lah buat Pas terlungkup.

      Delete
  2. Saya tak sokong mejar saya sokong Tuan Guru Lim Guan Eng:


    DAP akan terus mengekalkan kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor, meskipun PKR tetap berkeras mahu bekerjasama dengan PAS, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

    Lim berkata langkah itu bagi menghalang PAS daripada memperkenalkan dasar pentadbiran yang tidak sesuai kepada rakyat Selangor.

    Katanya, jika DAP berundur daripada kerajaan negeri Selangor, PAS dibimbangi akan berbuat apa sahaja, sebagai contoh, memperkenalkan larangan menjual arak.

    "Pendirian kita jelas. Walaupun PKR mahu bekerjasama dengan PAS, itu ialah hak dan keputusan mereka.

    "Bagaimanapun, kita mengakui ia akan sedikit menjejaskan (kedudukan) DAP dalam kerajaan Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Kedai Kopi dan Pendaftaran Pengundi Baru anjuran Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya di Taman Molek, di Johor Bahru hari ini.

    Lim berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PKR yang tetap mahukan PAS berada dalam pakatan pembangkang dan bagaimana kedudukan DAP dalam kerajaan Selangor dengan pendirian PKR itu.

    Turut hadir Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung.

    -Bernama

    ReplyDelete
  3. jangan di risau sangat AL TOLOL

    Itu kawan Mat Bahalol

    Awak siapa , Mat Bahalol siapa

    ReplyDelete
  4. Di Terengganu PAs bagai singa ganas yang diratah dengan rakus Babi Negara..Di Selangor Pas bagai Baby menyonyot di puting Azmin..bila pemimpin Pas boleh jadi ketua dengan mentaliti macam ni? Malu Islam dipimpin manusia jahil..

    ReplyDelete
  5. Hehehe mejar zaidi habis laa lepas ni hehehe. Oii mejar, biarkan laa hadi terjun dgn labu labu, bukannya boleh ditegur puak puak penjual agama tuu. Itukan ahli2 syurga, mana ada pernah buat dosa dan salah. Biarkan jer. Manusia ni, kalau yg faham betul2 agama, tak perlu kita tegur sebab dia berpaksikan al quran dan sunnah.

    ReplyDelete
  6. Renunglah dalam-dalam mejar, hampir satu juta ahli beristiqamah inikan pula setakat mejar seorang, belum dikira lagi penyokong PAS yang senyap dalam rumah, jangan mimpi lah mejar nak melalangkan mereka, akar umbi dan penyokong PAS kelal berdiri kukuh dibelakang TGHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke..rata2 aku tgk bnyk yg meluat dgn pas la ni..

      Delete
  7. sabar mejar...jihat kamu sudah selesai....payah nak betulkan perangai dajal ni....muga muga Allah akan bagi mereka hidayah semula...betul kata tt...kenapa pelarian islam lari ke jerman..n .kenapa x lari ke kaabah....anda patut faham ayat ni...jerman kafir pun ada nilai kemanusian.....pak arab ada nilai kebendaan....baru mereka tolong kot....ni golongan yg 71 kot...

    ReplyDelete
  8. klu dulu org kata mahathir mahafiraun tapi si hadi ni sikit atas dari mahafiraun,klu firaun tu sesat memang le dia tu sesat sebab dia tu manusia jahil lagi jahat,tapi si hadi nikan ke mengaku ulamak,ilmubanyak sampai tak terkendung,knp boleh perangai dia betul2 lebih musibat dari firaun,mesti malun2 yg ewalaun2 pada si hadi ni marah kat aku krn mengutuk tok guru dia org.....aku peduli apa klu dah perangai tok guru dia org tu betul2 mcm firaun

    ReplyDelete
  9. Saudara Zaidi.inilah yang meneyebabkan Hj Hadi makin sombong,bongkak.ego sebab masih ada ahli yang tksub membabi buta.fikiran mereka langsung tak bolih berfikir secara timbal balik.mereka tetap menuju satu hala pada Hadi walaupaun apa yang dibuat hadi samada bahasa ,cara bercakap,lengguk badan ,semua tak salah kerana HADI ,Jenis penyokong begini kalau Hadi suruh cium najis pun mereka cium >biarakn mereka dengan totok bodohnya.Mereka seolah2 tidak dapat bezakan mana ulamak baik mana ulamak suk

    ReplyDelete
  10. Aku cukup kasihan kpd mejar zaidi kerana berani mensasarkan hujahan bernas tsbt ke atas haji hadi. Adakah tuang presideng ambik port? Takde de..Sebaliknya macaipokcai tahap dewa kat atas terus mengutuk@mengumpatnya kerana berani menghina pemimpin mrk yg serba maksum.Percayalah ckp camana pun tak guna kerana selagi akal fikiran mrk masih menyamakan parti PAS itu sebagai Agama Islam. Yang keluar parti wajub ditentang seolah2 keluar islam dan halal dibunuh..Mentaliti kebangangan apakah ini? Dengan fahaman keras begini membuatkan mereka@macai cukup berlagak lalu senang2 melabel dan menempelak sesiapa yg ingkar arahan pemimpin suci mereka...(dah macam puak syiah pulak)

    Aku juga akan kembali kepada PAS semula jika Haji Hadi blahh!

    ReplyDelete
  11. Aku stju dgn saranan Mejar Hadi. Aku tabik sngt atas pndangn dia. Apa yg dnyatakn smua blaku. DSHH harus memikirkn scara tbuka. Contoh, mgeluarkn pkataan yg tidak sptutnya pmimpin ckpkn.
    DSHH perlu undu diri letak jwtn Presiden. Bg laluan pd TITM utk pangku krja. TITM nmpk lebih khadapan sbgai suara pbangkang.

    ReplyDelete


  12. Hj Hadi juga perlu berundur kerana sering ponteng persidangan Parlimen terutama ketika pembentangan rang undang-undang yang Hj Hadi sendiri yang usulkan. Ini kah yang dikatakan landasan yang betul ?

    Sekiranya Hj Hadi berundur, kedudukan Najib akan terancam kerana dalam hal ini Tuan Ibrahim yang betul dan Hj Hadi yang salah kerana menyokong Najib.

    Ahli akar umbi PAScai keliru kerana dalam mempertahankan Hj Hadi sebenarnya mereka memberi kekuatan kepada Najib.



    ReplyDelete
  13. Berhujah dengan bernas hanya boleh dilakukan dengan orang yang waras dan ada kesedaran untuk membuat kebaikan atau merapatkan persaudaraan. Usaha sebegini tidak mendatangkan faedah kalau dilakukan kepada orang yang telah putus beberapa helai urat dikepala!!! Bak kata penjual yong tau foo di pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman, 'mentally unstable'!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa