Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 14, 2015

SPRM heret leftenan komander TLDM ke mahkamah


malaysiakini
Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), berpangkat leftenan komander, berhadapan satu lagi pertuduhan menerima barang berharga tanpa balasan bernilai RM19,000, dipercayai ada kaitan dengan urusan pembekalan barangan ke TLDM.
Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir, 37, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Khairul Izwan menghadapi lima pertuduhan pada Rabu, 9 September di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Ipoh, Perak.
Dia antara pegawai TLDM yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Mac lalu.
Hari ini, Khairul Izwan ketika itu bertugas sebagai pegawai kawalan material 2, Depot Bekalan Armada TLDM, dituduh menerima seutas jam tangan berjenama Bell & Ross bernilai RM19,000 daripada Hussin Roslim @ Roslind.
Syarikat itu dikatakan mempunyai hubungan kerja rasmi dengan tertuduh, menurut kenyataan SPRM hari ini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 24 Mei 2013 di pusat membeli belah Pavillion, Kuala Lumpur.
Dia dituduh di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan SPRM dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ida Adha Abu Bakar.
Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 8 Oktober 2015.
Hakim juga bersetuju kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Ipoh untuk dibicarakan bersama lima pertuduhan sebelum ini.

3 comments:

  1. Lah......

    Yang secoit 19,000/- dia nampak

    Yang ber bilion Scorpene tu buta mata pulak

    Kepala Otak!!!!!!!!!!

    Semua nya Melayu saja

    Asal usul miskin papa kedana malas pulak tu bila nampak peluang pau pau pau terus jadi Mat Kampau!!!!!!!!!!

    Bilion Bilion tak nampak ; MRT 11,5 Bilion bagi Syarikat Meter Paip tak nak pulak di jengok.

    Kepala Otak!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Salah mamat ni juga tak nak jadi ahli UMNO sebelum kerja tu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa