Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 4, 2016

Bila isu RUU355 tak laku: Mulalah melalot. Rapuan orang sasau, hanya yang biul saja percaya

*Aku ingatkan anak Nik Aziz ni warak dan berfikiran macam arwah ayahnya, tapi rupa dia ni ditahap Pengerusi JKKK  saja.
Kesian Pemuda PAS!

Aku harap tidak ada pemimpin yang merapu dan melalot macam ni dari mana-mana parti di dalam PH

Eloklah PAS berbaik dengan UMNO, dalam UMNO ada Jamal!

Nik Abduh Dakwa Calon Perdana Menteri Pakatan Dari DAP?
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta umat Islam tidak terpedaya dengan kata-kata penyokong Pakatan Harapan kononnya calon Perdana Menteri Pakatan Harapan jika berjaya memerintah negara adalah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan DAP.

Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebaliknya meminta umat Islam Malaysia memerhatikan perkara itu sedalam-dalamnya kerana suasana dan realiti sebenar yang akan berlaku jika Pakatan Harapan memerintah Malaysia bukan seperti didakwa.

“Jika anda berkata, Perdana Menteri akan datang bukanlah daripada DAP, bahkan daripada PKR. Maka DAP tidak boleh berbuat apa-apa ketika laluan pemerkasaan syariah dibuka nanti. Saya berkata, perhatikan apa yang anda hujahkan. Suasana dan realiti di luar adalah sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan pada tahun lalu bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam

Nik Mohamad Abduh dalam pada itu meminta umat Islam tidak terpedaya dengan dakyah kononnya UMNO berjaya memecahbelahkan PAS dengan parti pembangkang lain menggunakan isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau (RUU 355).

Beliau turut meminta umat Islam tidak termakan tohmahan kononnya PAS sepatutnya menunggu sehingga kerajaan baru dibentuk bersama Pakatan Harapan yang lebih menjamin keadilan bersama untuk memperkasakan syariat Islam di negara ini.

Beliau sebaliknya meminta umat Islam negara ini bersyukur dengan sokongan UMNO ke atas RUU355 yang merupakan kejayaan bersama umat Islam sambil menerangkan langsung tiada jaminan untuk memperkasakan Islam di Malaysia jika berkerjasama dengan Pakatan Harapan sebagai sebuah kerajaan.

“Tiada yang rugi selain musuh Islam yang mahukan secara jelas agar Malaysia kekal atau bertambah unsur sekularnya sebagaimana itulah yang disebut secara jelas oleh DAP.

“Jika DAP bermati-matian menolak pemerkasaan hukum syariah , maka apa jaminan DAP boleh bersetuju selepas kemenangan bersama? Adakah kelantangan DAP semasa masih sebagai pembangkang akan bertukar kepada kelembutan selepas memperolehi kuasa?,” katanya.

Beliau turut meminta umat Islam memperingati kelantangan dan kelancangan DAP selepas memperoleh kuasa di Pulau Pinang tetapi lencong mempertahan kesalahan sendiri hingga kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS turut menjadi mangsa.

Justeru, katanya, sebenarnya tiada tanda jelas UMNO sedang menipu PAS kerana yang ada adalah sebaliknya apabila UMNO menunjukkan keikhlasan kerana terpaksa `berpeluh’ berhadapan rakan-rakan Barisan Nasional (BN) yang mengugut keluar BN jika RUU355 diteruskan yang pastinya tidak menguntungkan UMNO.

“Keyakinan saya ialah, PAS di landasan yang benar ke arah penyatuan umat Islam di atas jalan Islam, syariat Islam dan tali Islam yang kukuh dan sempurna,” katanya. -Kedahnews.com

5 comments:

  1. dia ni mana pernah guna otak dan akal...guna siku dan lutut jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat ni masih mntah dlm politik asal skampung dgn aku...p.melaka kurang brgaul dgn jiran2 ....

      Delete
  2. Aku rasa dia dh kena brainwash masa dalam tahanan dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org lembik mmg mudah kena turnover. Kesian kat arwah ayah dia

      Delete
  3. mohd fauzi dan anon 9:44 AM

    Sebenarnya kena tahan dulu ialah Nik Adli Nik Aziz. Saya pun tak tahu abang atau adik kepada Nik Abduh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa