Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Sunday, December 4, 2016

Akhirnya Mahathir mengaku silap.....

Saya Silap Tentang DAP - Tun M
Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 3:05 PM
Oleh: ALLISON LAI
editor@mstar.com.my
TUN Mahathir bersama pemimpin pembangkang lain mengangkat tangan pada persidangan DAP di Shah Alam pada 4 Disember 2016
.
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang lantang mengkritik DAP satu ketika dahulu, kini berubah nada apabila beliau mengakui tersilap tentang parti pembangkang itu selepas kali pertama menghadiri persidangan peringkat kebangsaan parti berkenaan pada Ahad.

"Ini merupakan pengalaman buat saya," kata Tun Mahathir pada sidang media di Pusat Konvensyen Ideal di sini.

"Lagu DAP merupakan lagu kebangsaan dan persidangan ini juga diadakan denagan menggunakan bahasa kebangsaan.

"Saya melihat ahli parti dari latar belakang kaum yang berbeza menghadiri persidangan pada hari ini. DAP bukan parti untuk orang Cina tetapi berbilang kaum.

"Terdapat juga ahli bukan kaum Cina yang memegang jawatan tinggi dalam parti ini," kata beliau.

Selain itu, Tun Mahathir turut tidak bersetuju dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kemelut politik di negara ini hanya melibatkan Umno dan DAP.

"Umno merupakan pakatan Barisan Nasional dan DAP pula dalam Pakatan Harapan, dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan menyertai mereka (pembangkang) tidak lama lagi.

"Saya tidak bersetuju dengan pendapat beliau (Najib).

"DAP tidak mampu bergerak sendiri untuk membentuk kerajaan. Mereka perlukan Pakatan (Harapan) dan sebab itu terbentuknya pakatan antara pembangkang," jelas beliau.

Tun Mahathir juga berkata, pihak pembangkang masih menerima individu dan kumpulan yang memiliki pemikiran sama untuk bersatu.

"Jika semua parti pembangkang berdiri bersama sebagai sebuah unit, peluang untuk menang akan bertambah cerah.

"Tetapi kita tidak boleh mengajak mereka semua dan sekiranya mereka mempunyai cita-cita sendiri, kemudian kita adakan pertembungan beberapa calon.

"Dalam politik, kita tidak boleh menguruskan semua perkara. Jika tidak, ia bukan demokrasi," katanya.

Ditanya sama ada Pribumi akan menyertai pakatan pembangkang, Tun M berkata, beliau perlu berunding dengan ahli partinya.

"Kami akan membuat keputusan secepat mungkin. Minta bersabar," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa