Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 6, 2016

Janganlah bimbang wahai wala'un.......

'Ahli Pas tak perlu bimbang'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - 6 DISEMBER 2016
Umno-Pas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa

SHAH ALAM - Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar menegaskan tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai jalinan hubungan politik Pas-Umno kini.

Ujarnya, beliau faham mengenai kebimbangan sesetengah rakannya dalam Pas, namun katanya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah masak dengan 'permainan' Umno.

"Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dalam melihat percaturan antara Pas-Umno.

"Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini.

"Tuan Guru sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat Umno dan seangkatan dengan Umno. Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan Pas mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, selama pimpinan Pas tetap menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah parti itu berada dalam pemeliharaan ALLAH dalam mencapai mardhatillah.

"Politik dan dakwah serta tarbiyah yang kita bawa ini tidak terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita untuk meninggikan kalimah ALLAH ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi ALLAH. Bekalan kita mengadap ALLAH  di hari pengadilan-NYA. Tetaplah kita istiqamah, insya-ALLAH," katanya.

Hubungan Pas dan Umno kini semakin mesra, selepas dilihat beberapa kali kedua-dua presiden parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Hadi duduk semeja bagi membincangkan perkara yang melibatkan kepentingan ummah.

Ia rentetan daripada pendekatan Pas kini yang mengamalkan amalan politik matang.

Selain bersama dalam isu Pindaan Akta RUU355, terbaharu Najib dan Hadi sepentas dalam Himpunan Soladariti Untuk Ummah Rohingya

* Dah terjerut baru pura-pura kenal jerat?

6 comments:

  1. selama pimpinan Pas tetap menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah parti itu berada dalam pemeliharaan ALLAH dalam mencapai mardhatillah.

    Tetapi kenapa tidak langsung bersuara mengenai kemungkaran yang dilakukan najib..malah menyokong progran yg dilaksanakan oleh penyonglap wang rakyat..

    ReplyDelete
  2. Nordin Abu Bakar....kemungkaran Najib tak seberapa kalau bandingkan dgn kemungkaran DAP.he3x. Maka harus menolak bencana yg lebih besar. Ulamak tak cerdik maka pengikut 20x tolol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengikut yang tolol ialh kau aje

      Delete
  3. Macam mana nak brsuara....90j dedak dah masuk utk tutup mulut.lagipun pas n umno ada ikatan trsmbunyi utk pru next.

    ReplyDelete
  4. pas berpendapat sama macam org umno sendiri tidak bersalah sesorang tu selagi tidak di dapati bersalah oleh mahkamah MALAYSIA sahaja .
    itu la kerana mereka mengikut alquran dan sunnah.
    lagi pun mereka mengamalkan poitik matang ...
    tak gitu?

    ReplyDelete
  5. Ilmu Mantik:
    Lawan umno sama spt lwn pas maka utk lwn umno blh serang pas jee...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa