Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 7, 2016

Malang dan pelik: Berbalas tembakan sesama sendiri, 5 polis maut

5 polis maut berbalas tembakan sesama sendiri
6 DISEMBER 2016

5 polis maut berbalas tembakan sesama Keadaan tempat kejadian di Kyiv.

KYIV - UKRAINE. Operasi menangkap suspek jenayah bertukar menjadi tragedi selepas lima anggota polis maut selepas berbalas tembakan sesama sendiri akibat kesilapan.

Laporan Kyiv Post mengatakan sebelum kejadian, sekumpulan anggota polis memasang perangkap untuk menangkap kumpulan penjenayah yang terlibat siri rompakan di Kyiv dan Kyiv Oblast di kampung Knyazhychi.

Sebuah loceng amaran milik penduduk tiba-tiba berbunyi dan unit tindakan pantas polis pula tiba di tempat kejadian.

Unit tindakan polis tersebut menangkap kumpulan polis yang memasang perangkap kerana tersalah sangka mereka penjenayah.

Anggota polis lain yang menyangka penjenayah sebenar telah ditangkap telah menghubungi unit KORD yang hampir sama dengan unit SWAT di Amerika Syarikat.

Unit KORD, kumpulan polis yang ditangkap dan unit tindakan pantas polis kemudian berbalas tembakan sesama sendiri.

Dua anggota unit tindakan pantas polis, dua anggota polis yang memasang perangkap dan seorang anggota KORD maut di tempat kejadian.

Menteri Dalam Negeri, Arsen Avakov masih belum memberikan komen berkenaan terhadap kejadian tersebut.

Sementara itu, tiga suspek penjenayah yang dicari berjaya ditahan bersama senjata api di Kyiv dan sedang disiasat. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa