Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 4, 2012

Adakah PDRM Hanya Berkhidmat Untuk BN Sahaja, Bukan Untuk Rakyat?

'Hilang' Malam Merdeka: Selangor Dakwa Polis Tidak Profesional
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor mendakwa tindakan anggota polis 'menghilangkan diri' pada malam sambutan Hari Kemerdekaan dan menarik diri daripada menyertai perbarisan dalam sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor pada 30 dan 31 Ogos lalu sebagai tidak profesional.
Anggota Exco Dr Xavier Jayakumar berkata, tindakan tersebut, terutama ketiadaan anggota polis beruniform pada malam sambutan kemerdekaan menunjukkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya bertugas pada program keramaian melibatkan pemimpin Umno atau Barisan Nasional (BN) sahaja.
"Kita mahu polis bertindak profesional berdasarkan slogannya Tegas, Adil dan Berhemah dan bukan hanya bertugas jika program keramaian tersebut melibatkan pemimpin Umno/BN dan program-program pemimpin pusat kerajaan Persekutuan sahaja," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dekat sini, Selasa.
Dr Xavier berkata pada majlis tersebut, polis seharusnya menjalankan tugas tanpa berbelah bahagi demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan awam secara jujur dan berhemah.
Ini kerana, katanya, sambutan kemerdekaan melibatkan keselamatan orang ramai, pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan agensi kerajaan.
Justeru beliau menyifatkan tindakan polis yang tidak mengawal trafik dan majlis tersebut sebagai tidak menghormati kerajaan yang dipilih rakyat.
"Jika polis tidak berlaku adil dalam hal-hal melibatkan isu keselamatan orang ramai, ini bermakna mereka tidak menghormati prinsip kerajaan demokrasi yang dipilih rakyat.
"Bayangkan apa akan terjadi jika ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan provokasi dan membuat kacau semasa majlis tersebut," katanya.
Menurut Dr Xavier, kerajaan negeri telah memaklumkan dan meminta anggota polis supaya mengawal majlis dan keadaan trafik lebih awal sebelum majlis berlangsung.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa