Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 8, 2012

Cakap Berdegar-Degar, Rupanya Bacul!

Saya tergelak besar bila baca jawapan Ularmak Mentah ni kepada Dr. Maza. 
Inilah kali pertama dalam hidup saya yang melangkaui setengah abad ini saya menemui seorang yang kononnya bergelar Ulamak tetapi terlalu bacul

Ada ke patut dan munasabah dia yang sudah berada di dalam gelanggang tetapi tetapi dimintanya orang yang berada di luar gelanggang mulakan dulu. 

Aduuiii.... campak jerlah 'telur'tu ke kubang buaya, ada juga faedahnya!

Fathul Bari: Terima kasih atas nasihat, Dr Asri harus mula terlebih dahulu
September 07, 2012


Kelihatan Fathul Bari (kiri) bersama sekumpulan ulama muda menyerahkan borang menyertai Umno pada pertengahan tahun 2010. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seketariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.

“Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti untuk mendahulukan perkara itu.

“Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami,” katanya.

Tambah beliau, “kami bagaimanapun ada menyuarakannya melalui penulisan kami di akhbar, laman sosial seperti blog dan sebagainya.”

“Kami hanya melaksanakan mengikut kemampuan kami,” katanya lagi kepada The Malaysian Insider.
Menurut Fathul Bari, pihaknya juga mengutuk budaya politik samseng seperti yang berlaku akhir-akhir ini, seperti insiden serangan ke atas bas Pakatan Rakyat (PR), serangan kasut di masjid di Kedah, dan juga menunjukkan pungung kepada gambar pemimpin negara.

“Kami mengutuk insiden sedemikian ... kalau ia perbuatan salah dan melanggar perintah agama, memang kami tentang.

“Saya sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu,” katanya lagi.

Asri sebelum ini menyelar ulama muda Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Beliau juga berkata budaya politik samseng ini adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.

“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,” kata Asri dalam kenyataannya di  laman rasminya www.drmaza.com.

Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya  mengikut kehendak parti semata-mata.

“Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka,” tulis Dr Asri dalam laman sosial Twitter.

Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri  apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.

“Dalil-dalil agama dan nama ‘salafussoleh’ dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’.

“Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,” katanya lagi.

2 comments:

  1. bukan takut cuma hormat pada yg lebih tua.tapi apapun ulamak muda ni bg hormat tak kena tempat.patutnya dia yg mula dulu.

    ReplyDelete
  2. Susahnya orang-orang ilmuan agama nih kita nak faham, buka dalil dan nas untuk menengakkan kebenaran pemimpin yang disukai.
    Kita yang jahil agama nih pun faham apa hukum ambil kertas dan pensil dari pejabat buat balik bagi anak buat kerja sekolah.
    Dan kalau ada orang cetek agama nak berjemaah ke..nak masuk kumpulan ke janganlah orang2 ilmuan agama ini pasak dengan tukul nanti tercabut imanya.
    Sebab orang2 ilmuan agama bila bagi takzirah sedap didengar dan menusuk dikalbu tapi kadang2 bila kes2 tertentu yang mencabar kewibawaanya sudah pasti tindakan yang bertentangan apa yg disampaikan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa