Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 13, 2012

Dunia Semakin Nyanyuk Manusia Semakin Gila!

Khamis September 13, 2012
Remaja Didakwa Sumbang Mahram Dengan Kakak Kandung
JERANTUT: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas.
Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol didalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yangberusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada 12tengah malam, pada November 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukummengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimumenam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.
Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamahmenetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.
Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu.
Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduhdiwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.
Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayilelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itudibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa