Jadi siapa yang menjadi pencetus pecah belah sebenarnya?
Sebenarnya aku sayangkan momentum yang ada sekarang sedang memihak PR.
Aku tidak mahu momentum yang tercipta sekarang terbantut oleh kebijaksanaan melampau dari anggota PR sendiri.
Kalau tidak kerana ini mampus piilah kome nak masuk perigi buta ke, nak masuk longkang busuk ke, lantaklah!
Hasan Ali : Suara Saya disambut Ustaz Nasha Mewakili Akar Umbi PAS.
GOMBAK SETIA 10 Sept. - PAS Pusat sewajarnya menerima hakikat terhadap penolakan majoriti ahli PAS di peringkat akar umbi semakin menolak kerjasama Pakatan.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hasan Ali berkata, isu yang dibangkitkan oleh bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa adalah susulan daripada apa yang pernah beliau utarakan membuktikan ianya adalah mesej jelas dari akar umbi parti tersebut.
"Apa yang dibangkitkan Ustaz Nasha itu pernah saya bangkitkan (sebelum ini). Isunya tetap sama sahaja. Isunya kita tidak mahu PAS menjadi kuda tunggangan DAP. Isunya kita mahu PAS merenung kembali posisi parti tersebut dalam Pakatan Rakyat. Maknanya nak dilihat balik tahalluf siasy itu samada dalam tempoh (kerjasama) 4 tahun setengah ini menguntungkan (perjuangan) PAS dan Islam atau sebaliknya",katanya kepada KLPOS pada Majlis Rumah Terbuka Peringkat DUN Gombak Setia di sini malam tadi. [VIDEO DI SINI]
Hasan Ali juga mempersoalkan ketegasan kumpulan pimpinan yang digelar beliau sebagai Parasit PAS masih berdegil dan enggan berganjak untuk terus bekerjasama dengan Pakatan susulan suara akar umbi yang dilontarkan buat kali kedua dari seorang bekas Pemimpin No. 2 dalam parti.
Hasan Ali juga mempersoalkan ketegasan kumpulan pimpinan yang digelar beliau sebagai Parasit PAS masih berdegil dan enggan berganjak untuk terus bekerjasama dengan Pakatan susulan suara akar umbi yang dilontarkan buat kali kedua dari seorang bekas Pemimpin No. 2 dalam parti.
"Kalau (dilihat) jawapan keseluruhannya, daripada Perlis sampai ke Johor hingga ke Sabah dan Sarawak melihat kerjasama Pakatan ini merugikan (PAS), nak buat apa ditunggu lagi. Dan kalau Ustaz Nasha dan saya sendiri (sebelum dipecat) tidak menyuarakan pendapat ini, siapa lagi?", jelasnya.
Bekas Naib Presiden PAS itu juga yakin perbincangan berkaitan soal kerjasama PAS bersama DAP dan PKR tidak mula disuarakan secara agresif di setiap peringkat bawahan samada dalam bentuk rasmi mahupun tidak rasmi.
Persidangan Majlis Syura PAS Pusat yang berlangsung malam tadi tidak membincangkan isu berkaitan Nasha seterusnya mengekalkan beliau selaku ahli pimpinan Parti tersebut.
Malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ditemui sejurus selesai persidangan tersebut menjelaskan isu berkaitan beliau tidak sama sekali dibangkitkan dalam agenda pertemuan tersebut. [VIDEO DI SINI] - sumber
Hassang Ali lagi? Awat hang kalut ni, dah kena pecat tu pi laa join parti UMNGOK sana tu, baru ada kelas!!! Sudah-sudah laa bro!Hang duk menyalak macam anjing kepala buruk ni sebab apa, tak dapat tulang ke?
ReplyDeleteMountdweller.
ReplyDeleteTindakan politik yang diambil oleh para pemimpin parti kadang kala membuatkan kita keliru tujuannya. Lagi pula kalau kita tidak bersama dengan mereka membincangkan isu yang dibangkitkan itu.
Pekara yang membabitkan Ustaz Nasha sebenarnya tidak perlu diberi tumpuan melebihi dari apa yang sepatutnya kerana ia adalah isu sensitif yang boleh menggangu perancangan pilihanraya yang bakal tiba. Sebenarnya tidak timbul isu pemencatan terhadap ustaz Nasha kerana jika ada ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu boleh dibangkitkan semula selepas pilihanraya nanti.
Kita tidak mahu ustaz Nasha jadi seperti Hassan Ali berkempen. Sekarang ini Hasan Ali kehulu kehilir berusaha untuk menyakinkan ahli PAS kononnya dia tidak mahu PAS menjadi kuda tunggangan DAP, dan dia juga mahu PAS merenung kembali posisi parti tersebut dalam Pakatan Rakyat. Ikhlaskah cadangannya itu ?
Tidak kah kita sedar bahawa setiap patah perkatan yang keluar dari mulut Hassan Ali itu semuanya penuh dengan kepura-puraan ?
Tujuannya tidak ada yang lain melainkan untuk memporak-perandakan perpaduan pakatan yang sedia terjalin selama ini.
Jika PAS menurut apa yang diperkatan oleh Hassan kononnya tidak perlu bergabong dengan DAP dan PKR, kesannya nanti komponen parti-parti ini tidak cukup kaki untuk mendirikan kerajaan. Dan yang mendapatkan keuntungan hasil perpecahan itu adalah UMNO Baru yang sedang nazak.
Takkan kita nak biarkan Hassan Ali dan Ustaz Nasha ketawa sampai guling-guling kerana misi perjuangan mereka telah berjaya menghuru-harakan PAS, DAP dan PKR.....?
pok amid littor
ReplyDeletePerangai orang gila talak!
Anon 10:00pm
ReplyDeleteSebenar bukanlah sehingga dipecat tetapi memadai dengan nasihat atau amaran.
Ini dibincang pun tidak dan dia sendiri berada di dalam korum mesyuarat itu.