Sape yang tahu dan baca kenyataan ini, akan gelak terguling-guling....
Kata itik itu "Pentadbiran di negeri yang diperintah oleh pakatan yang menurutnya diurus secara 'lintang pukang'"
"Sebaliknya, Musa yang juga Pengerusi BN negeri, berkata tahap kepesatan pembangunan di Sabah kini jauh lebih baik berbanding di negeri pembangkang terutama Pulau Pinang dan Selangor"
Pembangkang usah 'mengajar itik berenang' di Sabah, kata Musa
8 September 2012
TENOM - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman membidas pemimpin pembangkang khususnya dari Semenanjung yang cuba berlagak umpama 'mengajar itik berenang' kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri bagi mengurus negeri dengan baik.
Beliau berkata pemimpin pembangkang itu seharusnya menoleh ke belakang melihat pentadbiran di negeri yang diperintah oleh pakatan yang menurutnya diurus secara 'lintang pukang'.
Sebaliknya, Musa yang juga Pengerusi BN negeri, berkata tahap kepesatan pembangunan di Sabah kini jauh lebih baik berbanding di negeri pembangkang terutama Pulau Pinang dan Selangor.
Katanya sebagai perbandingan, jumlah bajet yang diluluskan oleh kerajaan pembangkang di Pulau Pinang tidak sampai RM1 bilion, begitu juga dengan di Selangor jumlah bajet mereka tahun ini hanya sekitar RM1.6 bilion.
"Ini jauh lebih rendah berbanding dengan bajet kerajaan Sabah yang menjangkau lebih RM4 bilion. Selain itu, Sabah juga mempunyai rekod baik dalam mengurus kewangan negeri sehingga mempunyai rizab kewangan yang besar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Sabah bahagian Tenom dan Pensiangan, di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini, hari ini.
Musa, yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata Laporan Audit Negara turut mengiktiraf pengurusan kewangan negeri Sabah sebagai antara terbaik di negara ini.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Sabah supaya menolak pembangkang pada pilihan raya akan datang, dan sebaliknya memberi sokongan padu kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terbukti kemampuannya untuk membela nasib rakyat di negara ini.
Katanya kerajaan BN sentiasa membela nasib rakyat dengan melaksanakan lebih banyak agenda dan program pembangunan terutama di kawasan pedalaman.
"Kita seharusnya berterima kasih kepada Perdana Menteri yang memperkenalkan pelbagai program transformasi semata-mata untuk meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.
"Sebagai contoh Sabah diberi peruntukan yang besar dalam bajet kerajaan persekutuan tahun ini. Kerajaan pimpinan Najib juga memberi pelbagai insentif termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia, dan semua ini menjurus kepada kebaikan dan peningkatan kualiti hidup rakyat," katanya.
Oleh itu, Musa yakin Umno Tenom dan Pensiangan akan terus menjadi kubu kuat BN di kawasan pedalaman.
"Semua ini boleh dicapai jika kita mengutamakan perjuangan parti lebih utama daripada kepentingan dan perjuangan individu," katanya.
Beliau mempertahankan pemberian hak milik tanah berkelompok (sistem komunal) yang menurutnya akan memastikan penduduk kampung terbabit memiliki tanah sendiri untuk diusahakan.
Musa berkata dakwaan pembangkang yang kononnya kerajaan merampas tanah rakyat adalah tidak benar dan sengaja dibangkitkan semata-mata untuk meracuni pemikiran rakyat.
Beliau akan memberi perhatian terhadap permintaan pemimpin Umno kawasan Tenom agar beberapa kawasan kampung yang terletak dalam kawasan tanah simpan dikeluarkan daripada kategori hutan simpan bagi membolehkan penduduk kampung yang sudah lama mendiami kawasan itu supaya terus kekal tinggal di situ.
Pada majlis itu, Musa turut menerima borang kemasukan sekitar 300 anggota parti pembangkang termasuk bekas calon bebas di Tenom, Sim bin N. C. Rikin yang menyertai Umno Tenom. - Bernama

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa