Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 11, 2012

Najib Dikejar Bayang-Bayang?

Najib dikejar bayang-bayang Muhyiddin, Taib Mahmud dan orang Sabah

Selain ancaman pengaruh Muhyidin yang makin menggugat acah kuasa Najib, Najib juga berhadapan dengan seorang lagi individu; Taib Mahmud yang digelar orang “Raja di Sarawak”. Bukan untuk jawatan Perdana Menteri, tetapi persoalannya; bila dan bagaimana proses pertukaran kuasa atau dalam kata mudah, akankah Taib meletak jawatan Ketua Menteri Sarawak?

Kini semuanya makin celaru. BN berhadapan dengan pelbagai dilemma. Sedang masih belum selesai memenuhi 18 dan 20 perjanjian Sarawak dan Sabah ketika penggabungan bersama Malaya membentuk persekutuan Malaysia, isu kepimpinan sememangnya menjadi gunting dalam lipatan sepanjang tempoh UMNO-BN memerintah.

Biarpun Sarawak dikenal sebagai azimat kebal BN, kedudukan Taib yang lama memegang tampuk kerajaan semakin dipersoal rakyat terbanyak. Dengan permasalahan infrastruktur asas negeri yang tidak sudah-sudah puluhan tahun, isu pembolotan hasil negeri yang sudahpun menjadi rahsia umum, kekayaan Taib dan kroni-kroninya, semua ini tidak mungkin tidak amat merimaskan Najib.

Taib sudah pun menjadi beban kepada BN. Persepsi masyarakat kian berubah. Ketua Menterinya masih disitu jadi, apa kata Najib?

Najib kata begini, Taib kata begitu

Dalam sebuah kenyataannya di Bau Sarawak, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam pidatonya menjelaskan pada 19 Mac 2011, Najib telah membuat pengumuman di Serian bahawa Taib akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri pada masa yang sesuai. Kononnya bahawa pihak beliau dan Taib telah mencapai kata putus masa yang sesuai untuk peralihan kuasa.

Kata Najib: “Biar saya dan Ketua Menteri membuat perancangan untuk memastikan kejayaan Sarawak. Kami tahu akan masa yang sesuai untuk membawa perubahan di Sarawak. Kami tahu dan kami memberi jaminan kesediaan Ketua Menteri. Sampai masanya, beliau akan melepaskan jawatannya dan kami faham sepenuhnya masa untuk peralihan ini berlaku.”

Malah tiga minggu selepas itu berkata lagi Najib, “Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri dan beliau telah bersetuju untuk perubahan tunggak kuasa di Sarawak. Percayalah saya, sampai masa yang sesuai ia akan berlaku.”

Bagi Taib, biarpun pada mulanya beliau berdalih ketika ditanya soal perletakan jawatannya, akhirnya beliau menentapkan “dua tahun” sebagai jangka masa untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihanraya negeri pada 16 April 2011 yang lalu.

Menurut Kit Siang, “Tempoh masa dua tahun ini bagi Taib meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak akan berakhir dalam tujuh bulan lagi tetapi sehingga kini tiada apa-apa petunjuk yang menunjukkan beliau akan memenuhi janji bersama Najib untuk membawa satu peralihan kuasa di Sarawak.

“Semua petunjuk menunjukkan sebaliknya dan Taib nampaknya amat selesa untuk memegang jawatannya sebagai Ketua Menteri sehingga tamat tempoh yang sah.”  ujar Kit Siang.
Buktinya jelas dalam ucapan Taib awal hari ini yang berkata bahawa peralihan kuasa yang segera tidak perlu kerana warga Sarawak kini sedang menikmati “keamanan, kestabilan politik dan pembangunan yang terancang.”

“Taib tidak mahu letak jawatan?”

Jadi, apa mesej tersembunyi ucapan Taib ini buat Najib? Taib nampaknya jelas memberitahu kita bahawa beliau tidak berhasrat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak sepertimana kata Najib sebelum ini. Bekas Perdana Menteri Mahathir sendiri tidak berani menyentuh Taib, inikan pula Najib?

Tempoh parlimen bubar secara automatik cuma dalam beberapa bulan sahaja lagi. Dengan segala pelan tranformasi dan ‘janji-janji’ Najib yang masih tidak ditepati, mampukah beliau menunjukkan kejantanannya terhadap Taib Mahmud yang ‘kebal’ itu?

Sabahan menagih janji BN selama 49 tahun tak terlunas

Persoalan lain yang timbul, kalau di Sarawak Taib menjadi beban buat Najib, apa pula dilema Najib untuk berhadapan dengan rakyat Sabah.  Tidak cukup hanya menebalkan muka…

UMNO kini telah memonopoli penggiliran Ketua Menteri Sabah sehinggakan isu ini dilihat ‘penjajahan’ Semenanjung terhadap ‘Negara Sabah’ oleh rakyat tempatan khususnya masyarakat majoriti bumiputera Kadazan, Dusun dan Murut.

Setelah janji BN di Sabah pada 1994 untuk membangunkan negeri, memperbanyak infrastruktur dan membasmi kemiskinan serta menyelesaikan masalah PATI masih jauh mencapai matlamat, Sabah terus berhapan dengan masalah demi masalah sehingga mengugat kemakmuran dan kesejahteraan negeri serta rakyatnya biarpun bumi ia kaya dengan pelbagai hasil sumber asli.

Sabah, walaupun 49 tahun bersama Malaysia, ia semakin jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri di Semenanjung malah menjadi negeri yang termiskin. Segala kekayaan Sabah seolah-olah dibolot oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan kroni mereka. Apa sudah jadi dengan janji-janji lapuk kerajaan BN? Apa akan jadi dengan slogan-slogan kosong Najib Razak?

Najib kini benar-benar lemas. Slogan 1Malaysia dan Janji ditepati – segalanya umpama utopia buat rakyat negeri di bawah bayu ini. Kemarahan rakyat Sabah makin memuncak terhadap UMNO-BN yang jelas terlihatkan dalam sesi jelajah pendengaran awam oleh DAP Sabah baru-baru ini.

Sampai bilakah Najib akan berasa tenang? Sampai bilakah UMNO-BN akan mengganggu gugat kepentingan dan hak Sabah? Atau, Najib dan UMNO hanya menunggu masa untuk terjerat dengan mainan dan slogan politiknya sendiri. – sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa