Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 1, 2012

Najib Konfiden Tapi......

Dengan 100,000 Pengunjung (kata penganjur) tapi 30,000 (anggaran pengunjung) Di Stadium Nasional pada malam sambutan Merdeka tetapi hanya 10,000 yang keluar dari pihak 'Gabungan Janji' membuatkan Najib yakin. 

Najib berkata yang 'Gabungan Janji' adalah bukan dari suara majoriti!
Tapi kenapa masih ragu untuk bubarkan Parlimen?

Apa yang rakyat tunggukan sekarang ialah 'Cakap dan Buat' barulah boleh dikatakan bertanggung jawab dan 'bertelur'.

Bubarkan Parlimen supaya rakyat boleh membuat keputusan dan pilihan!.


Himpunan Gabungan Janji bukan majoriti, kata Najib

Oleh Mohd Farhan Darwis
August 31, 2012
Najib (tengah) bersama Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengibarkan bendera Malaysia semasa perhimpunan “Janji Ditepati” di Bukit Jalil, 

31 Ogos 2012. — Gambar oleh Saw Siow Feng

BUKIT JALIL, 31 Ogos ― Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa perhimpunan Gabungan Janji yang berlangsung di Dataran Merdeka malam tadi bukanlah himpunan majoriti rakyat Malaysia yang cintakan negara.

Sebaliknya, Perdana Menteri itu menegaskan Himpunan 55 tahun Merdeka “Janji Ditepati” yang diadakan di Stadium Nasional di sini malam ini adalah himpunan majoriti rakyat yang cintakan tanah air.
“Malam tadi bukan golongan majoriti, malam ini malam golongan majoriti,” kata Najib ketika berucap sewaktu sambutan malam kemerdekaan merujuk kepada himpunan Gabungan Janji.

Beliau turut menegaskan, perhimpunan pada malam sempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke-55 ini yang dihadiri lebih 100,000 pengunjung itu adalah tanda semangat rakyat yang sayangkan negara ini.

Malah, Najib dalam ucapannya turut memuji mereka yang hadir pada malam itu kerana menunjukkan semangat patriotik yang tinggi tanpa mengira perbezaan masing-masing.
“Kalau ini gambarannya, kita boleh ketepikan perbezaan pendapat dan kefahaman dan bersatu bagi  menunjukkan semangat patriotik dan cintakan negara kita dengan menyambut hari Kemerdekaan dan tunjukkan kepada dunia kita rakyat Malaysia yang cinta kepada negara kita,” kata Najib merujuk kepada jumlah hadirin yang memenuhi setiap ruang di stadium tersebut.

Gabungan Janji yang merupakan gabungan 47 badan bukan kerajaan NGO dan aktivis Bersih telah menganjurkan Himpunan Gabungan Janji yang  berlangsung semalam di Dataran Merdeka sempena sambutan Kemerdekaan ke-55 negara.

Himpunan tersebut yang tamat sejurus detik 12 malam telah berlangsung dengan kehadiran sekitar 5,000 penyokong mereka menunjukkan komitmen kepada demokrasi dengan sempena sambutan Kemerdekaan negara.

Mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut turut memakai kemeja T berwarna kuning sebagai menyuarakan sokongan mereka kepada matlamat dan perjuangan Gabungan Janji tersebut.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut membacakan puisi bertajuk “Janji Demokrasi” sebelum perhimpunan tersebut tamat.

Najib dalam ucapannya juga turut menegaskan, himpunan malam ini sebagai kesediaan rakyat negara ini untuk berjuang dan menghadapi setiap rintangan atas semangat cintakan negara.
“Kita semua bersemangat, kita akan terus berjalan dan berjuang, menghadapi apa jua rintangan, pancaroba, cabaran ...  malam ini malam majoriti rakyat menunjukkan semangat mereka cintakan negara,” katanya dan disambut dengan jeritan “1 Malaysia” daripada mereka yang hadir.

1 comment:

  1. kah3x blom pernah aku jumpa manusia yg paling syiok sendri dlm dunia, abis sumua org korang paksa datang mcm nie ponya sokongan 2-3 hari lagi bolihla buat pru...brani tak?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa