Penasihat Suaram, Kua Kia Soong hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak mencampuri urusan spekulator matawang George Soros yang didakwa menyalur dana kepada NGO tersebut.
Katanya, Soros berhak untuk memanfaatkan wangnya mengikut cara yang dirasakan wajar oleh jutawan berkenaan.
"Apa yang tidak kenanya dengan George Soros? Kami tidak masuk campur dalam urusan perniagaannya.
"Apa yang Soros buat menggunakan duitnya sendiri dan bukan duit rakyat," kata Kua dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Beliau mengulas kenyataan menteri perdagangan dalam negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang meminta Bank Negara menyiasat dakwaan bahawa Soros menyalurkan dana kepada NGO berkenaan.
Ismail berkata, siasatan kementerian itu menunjukkan Suaram menerima lebih RM558,500 daripada Soros dalam tempoh 2007 hingga 2010.
Turut hadir dalam sidang media pagi tadi adalah wakil dari 135 NGO lain yang menyatakan sokongan kepada Suaram atas dakwaan yang dihadapinya itu.
Antaranya, pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah yang berkata pembiayaan dana asing untuk isu tertentu merupakan amalan biasa yang turut dipraktikkan kerajaan Malaysia.
Malah, kerajaan Malaysia sendiri pernah membiayai perjuangan menentang amalan apartheid di Afrika Selatan dan pembebasan masyarakat Palestin di Israel, katanya.
"(Gangguan ini) akan mengganggu keupayaan Suaram untuk mendapatkan dana dari luar negara," katanya.
Manakala pengarah eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez pula menganggap siasatan berkenaan merupakan satu gangguan berterusan oleh kerajaan bagi mengelak isu dibangkitkan Suaram - pembelian kapal selam Scorpene.
"Momokan ini tidak masuk dek akal lagi kerana masyarakat sekarang sudah matang.
"Kerajaan perlu menghentikan gangguan ini dan menjawab isu yang dikemukakan," katanya. - sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa