Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 5, 2013

Adakah Ini Membawa Berita Baik Atau Berita Buruk Bagi PR?

BN akan untung kalau Mahathir memang membawa aura yang baik dan sebaliknya sekiranya aura itu adalah aura kejahatan dan ketakutan bagaimana?

Pokoknya di eranya dulu adakah dia dihormati kerana ketokohan dan wibawanya atau ditakuti kerana bawaan kuku besinya

Adakah beliau juga bebas dari kudis dan tokak bawaan kekuasaannya dahulu?
Dan perkara-perkara itulah yang akan membawa untung rugi kepada BN
Dr M berperanan penting sebagai ketua kempen de facto BN
TERKINI @ 08:05:41 PM 05-04-2013
OLEH DEBRA CHONG
PENOLONG PENGARANG BERITA
APRIL 05, 2013
KUALA LUMPUR, 5 April — Sepuluh tahun selepas bersara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa teman Kabinet lamanya muncul semula kebelakangan ini sebagai wajah dalam kempen Barisan Nasional (BN) bertujuan untuk kekal berkuasa pada Pilihan Raya 2013.

Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam BN sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit.
Menjelang pilihan raya yang semakin dekat, wajah Dr Mahathir dilihat lebih ketara daripada pemimpin lain dalam parti kerajaan - selain Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang merentasi seluruh negara memberikan penerangan tentang formula perkongsian kuasa bertujuan menghidupkan sokongan kepada Najib khususnya.
Bekas perdana menteri tersebut telah bekerja keras sejak beberapa minggu ini terutamanya dalam memberikan sokongan kepada Najib, anak kepada bekas mentornya Tun Razak Hussein, kaedah yang berbeza sama sekali semasa yang tidak pernah dilakukannya semasa dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikannya pada Oktober 2003.
Beliau juga menggesa orang ramai untuk mengundi BN jika mahukan kestabilan dan kemakmuran yang berterusan.
“Rakyat Malaysia yang cintakan negara ini harus memegang konsep mereka boleh bekerja dalam negara yang berbilang kaum ini - konsep kongsi,” kata Dr Mahathir dalam ruangan kolumnya di akhbar New Straits Times hari ini.
“Hanya BN boleh memberikan kongsi ini. 
Pembangkang semata-mata tidak boleh kongsi. Memberi mandat untuk pembangkang adalah bencana kepada Malaysia,” katanya, dengan menggunakan kata Melayu “perkongsian” dalam akhbar bahasa Inggeris tersebut untuk merujuk kepada fomula 13 gabungan yang memegang tampuk kuasa diperingkat persekutuan sejak negara merdeka pada tahun 1957.
Menurut Dr Mahathir, ketiga-tiga parti pembangkang yang membentuk PR cuba untuk meniru konsep perkongsian kuasa BN yang berjaya mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi Malaysia serta memastikan masyarakat yang pelbagai kaum dan agama di negara ini dapat merasai sama rata.
“Tetapi mereka bukan berkongsi. Mereka adalah 'pakatan',” kata beliau dengan menggunakan perkataan Melayu “pakatan” untuk merujuk kepada perkongsian antara PKR-DAP-PAS, serta menunjukkan perbezaan antara kedua-dua blok parti politik tersebut.
Ketiga-tiga parti pembangkang tidak mendaftarkan diri untuk bertanding sebagai satu gabungan, oleh sebab itu calon-calon daripada PR yang akan bertanding dalam pilihan raya menggunakan bendera parti berbeza dalam pilihan raya kali ini. 
Ia berbeza sama sekali dengan BN yang akan menggunakan satu bendera sama, warna biru dan dacing putih, logo yang digunakan mereka sejak tahun 1973 bagi menggantikan Perikatan yang menjadi orang tengah dalam kemerdekaan negara daripada penjajah British.
“Kongsi adalah tentang perkongsian. 
“Pakat adalah kerjasama sementara untuk tujuan tertentu. Tidak memberi dan menerima. Tiada perkongsian,” kata pemimpin veteran Umno itu. 
Beliau berkata perjanjian itu adalah sama dengan “konspirasi” dan mencadangkan jika PR memenangi Pilihan Raya 2013, ketiga-tiga parti tidak akan dapat mengekalkan kerjasama dan bekerja sebagai sebuah kerajaan campuran yang mampu membawa negara ke hadapan. 
“Setiap mereka akan membawa haluan masing-masing,” katanya.
Walaupun sudah berusia, jadual Dr Mahathir amat ketat dan menjelajah setiap sudut negara, termasuk di Laut China Selatan di kampung-kampung terpencil kedua-dua negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak - dimana baru-baru ini digemparkan dengan pencerobohan bersenjata yang mengakui daripada Sulu telah mendarat di Lahad Datu, Sabah.
Perdana menteri keempat negara dilihat seolah-olah ketua kepada kempen pilihan raya Najib yang keluar memberi ceramah hampir setiap hari menerangkan tentang perkongsian kuasa untuk kestabilan memandangkan dunia terus dibuai oleh krisis politik dan ekonomi yang telah meningkat akibat penggangguran yang tinggi dan pergolakkan sosial di Eropah, Afrika dan Timur Tengah.
Beberapa ahli Kabinet senior Mahathir juga dilihat mula keluar daripada bersikap berada dibelakang tabir selepas bersara daripada kerajaan mula keluar secara umum untuk menyampaikan pesanan sama dan menyokong Najib.
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin keluar daripada gua politiknya baru-baru ini dan menasihati Najib untuk membuang pemimpin yang sudah luput daripada kabinet sedia adanya.
Teugran pesaran kerajaan berusia 74 tahun itu dilihat sebagai kritikan tajam terhadap pentadbiran sekarang, namun Daim masih mempertahankan Najib telah menjalankan “tugasnya dengan agak baik” sebagai perdana menteri keenam dan yakin BN akan menang pada pilihan raya nanti.
Baru-baru ini juga, bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Samy Vellu dilaporkan mengumumkan dirinya sebagai “calon boleh menang” jika bertanding dalam pilihan raya walaupun tewas kerusi Parlimen Sungai Siput dengan majoriti agak besar 1,821 kepada pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj pada Pilihan Raya 2008.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa