Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 5, 2013

Kesian Orang PAS Mursyidul Amnya Berhati Hitam Legam. Malangnya Orang Kelantan Menteri Besarnya Berhati Hitam Legam!

Sebenarnya bagi sayalah......
Tak perlu dikecohkan dan marah tentang isu ini 
Walau pun Harussani menghina Nik Aziz
Tetapi rakyat insya Allah tidak buta hati dan pekak perasaan
Rakyat sudah lama tengok dan menilai hati siapa yang hitam lagi legam itu?
Hati Nik Aziz hitam legam kata Harussani

Posted on Friday, April 05 @ 16:00:00 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Modal baru Utusan Malaysia nak menghentam Nik Aziz berkaitan kenyataan pahala solat yang dikeluarkan TG Nik Aziz. Tentu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjadi rujukan terawal Utusan Malaysia meminta pandangan.

Pantang… kalau kenyataan Nik Aziz, Harussani akan bingkas bangkit menggenggam tangan untuk melawan. Kalau kenyataan daripada UMno, Tok Mufti ini tersipu-sipu malu undur ke belakang. Itulah kenyataannya pada pandangan ramai orang.

Kali ini kenyataan mufti ini bukan alang-alang, hati Nik Aziz hitam legam.

“Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.

“Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang,” kata Harussani – UM
Tok Mufti ini berkata haram hukumnya menuduh seseorang. Anehnya mampu pula dia membaca dan menuduh hati Nik Aziz yang terlampau hitam.

Paling mantap sempena pilihanraya “sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi.”

Selepas ini tak perlulah suruh anak solat, biarkan kemungkaran berlaku dalam masyarakat dan biarkan pendirian politik seseorang rosak kerana dosa pahala hak mutlak Allah.

Patutlah masyarakat punah ranah!! 

7 comments:

  1. Mufti akhir zaman...

    ReplyDelete
  2. yang penting jangan buat hati udahlah
    tukar tetap tukar biar depa duk melompat melalak melolong .menang kalah bukan ukuran Allah perintah lawan puak dzolim sampai akhir hayat jangan goyang teruskan usaha ke tampuk kuasa

    ReplyDelete
  3. kalau rasuah pemimpin umno,harussani ni pandang harus ler tu,no comment......PRU13 ni Harussani calon BN kawasan mana??

    ReplyDelete
  4. kalau pemimpin umno rasuah Harussani ni pandang harus jer,no comment....PRU13 nio Harussani calon BN kawasan mana...???

    ReplyDelete
  5. hang melalak la tok peti ooiii, yg ptg ubah tetap ubah! Byk sgt da kemungkaran, byk sgt da tipu muslihat, da muak, cukup lah!

    ReplyDelete
  6. Mufti murshid dan kasyaf kerana boleh nampak hati warnanya hitam

    ReplyDelete
  7. MUFTI ni,...belajar kat mana?, kan hati tu hitam, kalau ada darah maka warnanya seakan kemerahan, kalau taada darah dah gol...hitam lah... mana ada hati warna putih? Kesian.. mufti tak sekolah. Lepas PRU ni kita tewngoklah siapa yang hitam atau siap yang mata putih?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa