Mungkin propaganda, mungkin juga betul
Kita dengar pula respon PAT atau IGP
KUALA LUMPUR, 8 April — Tambahan 1,000 orang pemberontak bersenjata dari selatan Filipina berjaya melepasi sekatan laut masuk ke Sabah bagi membantu pemimpin pemberontak Sulu Agbimuddin Kiram melawan pihak berkuasa Malaysia, lapor The Philippine Star hari ini.
Wakil dari Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Emmanuel Fontanilla memberitahu akhbar tersebut pejuang-pejuang telah bersedia untuk bertempur sejak bermulanya konflik dan berjaya melepasi sekatan tentera laut Filipina dan Malaysia dengan bergerak dalam kumpulan kecil.
“Daripada maklumat yang diterima, kumpulan bersenjata sampai dengan pasukan kecil,” kata beliau seperti yang dilaporkan.
Akhbar tersebut menyatakan masih belum pasti kumpulan yang baru sampai itu menyertai pertempuran di Lahad Datu minggu lepas, dimana sekumpulan 100 rakyat Filipina mendarat di pantai timur Sabah sebelum itu untuk memperbaharui tuntutan Sulu terhadap Sabah - MI
Dari pengalaman saya, media Philippines selalunya akan spin cerita...tak benar sama sekali. Namun kita kena sentiasa bersiap sedia. Kalau ianya benar, kerajaan Filipina must do something, otherwise we got no choice but to strike the terroirst homebases and that will have serious implication.
ReplyDeletejangan risau malaysia buleh canggih
ReplyDelete