Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 8, 2013

Bintang Porno Dah Jadi 'Bapok'!

Soi Lek enggan berhadapan Kit Siang, kemungkinan besar Ghani, kata sumber BN
PENGARANG
APRIL 08, 2013

KUALA LUMPUR, 8 April — Datuk Seri Chua Soi Lek telah disuruh untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan tetapi presiden MCA itu menolak tawaran tersebut menyebabkan Barisan Nasional (BN) perlu memikirkan semula calon mereka untuk pertempuran terhangat di negeri Umno, kata sumber dari gabungan pemerintah itu.

The Malaysian Insider difahamkan, MCA mencadangkan Menteri Besar kerajaan sementara Johor Datuk Abdul Ghani Othman untuk melawan penasihat DAP itu tetapi kemarahan pengundi Melayu dan pengundi Cina yang kuat menyokong pembangkang mungkin akan mengagalkan rancangan itu.
“Sesetengah di bilik perang BN merasakan ianya akan menjadi perlawanan hebat dan Dr Chua cukup kuat untuk berhadapan dengan Kit, akan tetapi presiden MCA itu mengatakan tidak,” kata seorang sumber dari BN kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada pemimpin pembangkang veteran itu.
“Sekarang pilihan lain perlu dipertimbangkan kerana senarai akhir perlu siap menjelang Selasa,” tambah sumber tersebut.
Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan bulan lalu Lim akan bertanding di kerusi Gelang Patah, satu langkah pakatan pembangkang untuk menambahkan kerusi parlimen di Johor. Dr Chua (gambar atas) dicabar oleh DAP untuk berhadapan dengan Lim akan tetapi presiden MCA itu menolak cabaran tersebut minggu lepas.
MCA sebelum ini menamakan ketua bahagian Jason Teoh untuk bertanding di kerusi parlimen tersebut yang dimenangi oleh Ketua Wanita MCA Tan Ah Leng dalam Pilihan Raya 2008 apabila beliau mengalahkan Zaliha Mustafa dari PKR dengan 8,851 undi.
Musuh politik lama Lim, perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan langkah berpindah dari Ipoh Timur sebagai “tidak masuk akal”, menyeru ahli BN untuk menguburkan karier politik penasihat DAP itu dan menambah masyarakat Cina tempatan tidak akan menyokong Lim.
Lim kemudiannya mencabar Dr Mahathir untuk melawannya tetapi ditolak. Semenjak itu, akhbar milik MCA The Star telah melaporkan Ghani popular dikalangan pengundi dan sesuai untuk melawan ahli politik veteran DAP itu.
Walau bagaimanapun, difahamkan BN tidak memasukkan nama menteri besar kerajaan sementara Johor itu dalam senarai calon berikutan kemarahan masyarakat Melayu tempatan dengan peningkatan kos kehidupan akibat daripada wilayah ekonomi Iskandar Malaysia.
Pemimpin Umno berusia 67 tahun itu telah menjadi menteri besar selama empat penggal dan difahamkan, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mahu meletakkan “calon boleh menang” yang muda untuk mempertahankan negeri Umno itu.
“Najib menjanjikan 40 peratus muka baru dan beliau mahu mereka yang mampu menolak Iskandar Malaysia ke tempat lebih tinggi,” kata sumber dari Umno, mengesahkan nama Ghani tidak terdapat dalam senarai.
Beliau menambah hubungan dingin Ghani (gambar) dengan Istana Johor sebagai sebab utama beliau digugurkan dan menambah “Sebab itu beliau dengan bebas menawarkan dirinya di Gelang Patah oleh kerana tiada lagi kerusi untuknya.”
Difahamkan juga Menteri Pengajian Tinggi kerajaan sementara Datuk Mohamed Khaled Nordin dan pengerusi UDA Holdings Datuk Nur Jazlan Mohamed berada dalam senarai untuk menggantikan Ghani jika BN terus mempertahankan negeri selatan itu.
“BN perlu meletakkan seorang yang kuat disitu kerana setiap kerusi parlimen penting dalam pilihan raya kali ini. Tetapi Dr Chua tidak mahu dan Ghani mahu akan tetapi terdapat isu yang boleh mengurangkan undinya,” kata sumber Umno tersebut.
“Kami akan mendapatkan calon tidak lama lagi tetapi ianya tidak akan menjadi pertempuran hebat sekarang,” tambah beliau.
Sumber BN mengatakan gabungan pemerintah itu yakin mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga yang mereka hilang dalam Pilihan Raya 2008, menjangkakan mereka boleh menang 160 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.
Walau bagaimanapun, pemimpin BN telah diberi amaran agar tidak memandang rendah kepada PR yang akan bertempur untuk mendapatkan setiap kerusi bagi menawan Putrajaya. PR juga telah melahirkan keyakinan mereka boleh menang sekurang-kurangnya 125 kerusi untuk menubuhkan kerajaan.
Kedua-dua gabungan telah mengeluarkan manifesto untuk meyakinkan 13.3 juta pengundi untuk menyokong mereka dalam pilihan raya umum yang akan diumumkan tarikhnya pada Rabu selepas parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan minggu lalu.

2 comments:

  1. MCA dah nampak, kalau lawan DAP pasti bungkus, lebih baik kuburkan peceduk harta johor di kuburkan di gelang patah..... mCA Ketawa UMNO menagis......lah wee....

    ReplyDelete
  2. kalau lihat carta kakak yg duduk JB ni Gelang Patah, Johor Jaya dan Kulaijaya memang sah BN dah malap sangat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa