Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 5, 2013

Ayyoyyo.....Samy, Parti Kata Pergi Kubur Kata Mari!

Palanivel dah buat MIC hilang satu kerusi
Figure boleh menang sudah ditolak tepi!

Published: Jumaat April 5, 2013 MYT 6:33:00 PM
Samy Vellu Bukan Calon MIC- Palanivel
Oleh P. ARUNA
PETALING JAYA: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu digugurkan sebagai calon untuk sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diagihkan kepada parti itu.
Presidennya, Datuk Seri G.Palanivel berkata walaupun parti masih belum memuktamadkan senarai calon untuk semua kerusi, Samy Vellu bukan salah seorang daripada calon tersebut.
Beliau, bagaimanapun berkata Samy Vellu telah bekerja keras di Sungai Siput, kerusi Parlimen di mana beliau tewas kepada calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar pada pilihan raya umum 2008.
"Beliau tidak akan menjadi calon.
"Ia bukan hak media untuk membuat spekulasi bahawa beliau akan menjadi calon," kata Palanivel.
Terdahulu, Samy Vellu dipetik oleh portal online sebagai berkata mengisytiharkan dirinya sebagai calon boleh menang untuk kerusi Sungai Siput, sekiranya beliau dipilih bertanding di situ.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa