Published: Khamis April 11, 2013 MYT 11:21:00 AM
Updated: Khamis April 11, 2013 MYT 1:22:16 PM
Updated: Khamis April 11, 2013 MYT 1:22:16 PM
Aishah Mahu Artis Ikut Lunas Islam
BAHAU: Penyanyi Aishah mahu dunia seni dapat digerakkan mengikut lunas-lunas seperti yang dipraktikkan dalam Islam.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, sekiranya dia memenangi kerusi Parlimen Jempol dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kali ini, dia akan menggunakan kuasa yang ada untuk tujuan berkenaan.
"Dunia hiburan punya pengaruh yang besar dan kita dapat sampaikan mesej dakwah itu melalui dunia seni," katanya kepada mStar Online di sini.
Aishah ditemui pada majlis pengumuman calon PAS untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sembilan di Muasassah Darul Syarif, Jalan Batu Kikir, di sini malam Rabu.
Pengumuman dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut disaksikan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.
Hadir sama beberapa pemimpin PAS negeri.
Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu dan Camar Yang Pulang berkata, dia mahu melihat lebih ramai golongan artis memiliki ilmu agama dan menggunakan populariti yang ada untuk menyebarkannya kepada orang ramai.
Malah katanya, jika hiburan itu dihasilkan sehingga berjaya mendekatkannya dengan Islam, ia akan menjadi sesuatu yang lebih baik.
Dalam pada itu Aishah berkata dia sudah bersedia untuk berkempen dan meminta para peminat dapat menyokong perjuangannya.
"Saya minta sokongan dan saya minta tunjuk ajar daripada semua. Sama-samalah kita bekerja untuk usaha ini (memenangi pilihan raya)," katanya yang kelihatan agak penat sejak menyertai politik sepenuh masa.
kesian oran kek jempoi. takde orang lain ke?
ReplyDeletemahathir kata org2 cerdik masuk pas yg tak cerdik saje tinggal dlm umno
ReplyDeleteLast-last mahadet yg penin....
ReplyDelete