Antara pembohongan yang disebarkan secara meluas dalam media aliran utama adalah pertama sekali, sejauh mana skop budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam menjemput seseorang menjadi perdana menteri untuk membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

Dan kedua, dakwaan bahawa BN dianggap sebagai "satu pihak" manakala Pakatan Rakyat dianggap sebagai "suatu gabungan" adalah berkaitan dalam menentukan tahap sokongan dalam Dewan Rakyat bagi tujuan melantik seorang perdana menteri.

Kita perlu merujuk kembali kepada Perlembagaan Persekutuan bagi jawapannya. Perkara 40(2) memperuntukkan bahawa: 

"Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi- fungsi yang berikut, iaitu: -
  1. pelantikan seorang Perdana Menteri
Perkataan "menurut budi bicaranya" mungkin menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara yang luas. 

NONEBagaimanapun, Perkara 43(2)(a) mengecilkan skop budi bicara itu dengan ketara mengikut pernyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik "ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan itu" sebagai perdana menteri.

Oleh itu, dalam terma perlembagaan itu sendiri, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak dengan kebebasan sepenuhnya. Sebaliknya, perdana menteri yang dilantik mestilah:

(i) seorang ahli Dewan Rakyat (bukannya Senator di Dewan Negara); dan
(ii) harus dapat menguasai keyakinan majoriti, iaitu, sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada sejumlah ahli seramai 222.

Perkara-Perkara 40(2) dan 43(2)(a) hanya menyatakan perlembagaan konvensyen kerajaan berparlimen Westminister dalam terma yang nyata yang telah wujud selama sekurang-kurangnya dua abad yang mana dipraktikkan oleh Malaysia. 

Kita mempunyai sebuah kerajaan, yang dipilih sekali dalam tempoh 5 tahun, yang bertanggungjawab kepada Parlimen, iaitu sebuah kerajaan yang dipertangunggjawabkan kepada cawangan perundangan yang dilantik. 

Oleh sebab ia adalah tunggak asas demokrasi berparlimen, seseorang hanya boleh menjadi perdana menteri jika beliau pada mulanya boleh menguasai, dan seterusnya mengekalkan, untuk keseluruhan jangka masa 5 tahun berparlimen, keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Ia boleh diperhatikan bahawa terma-terma "parti" dan "pakatan parti-parti" tidak dirujuk dalam Perkara 43(2)(b). 

Bagaimana PM mencapai majoriti?

Ia mewakili kedudukan perlembagaan. Di bawah perlembagaan, ia tidak menyatakan bagaimana seseorang perdana menteri mencapai majoriti dalam Dewan Rakyat.

Perlembagaan yang bertujuan untuk berkhidmat sebagai undang-undang tertinggi di negara ini untuk generasi akan datang, telah dengan sengaja digubal secara luas, umum dan am, dan ia juga ditafsirkan dengan cara yang liberal. 

Apa yang menjadi asas adalah keupayaan seorang perdana menteri untuk mengawal majoriti Dewan Rakyat supaya dia mempunyai kerajaan yang stabil. 

Tugas yang dihadapi oleh Yang di-Pertuan Agong, sebagai Raja Berperlembagaan, adalah jelas apabila melantik seseorang perdana menteri selepas pilihan raya umum (berbeza dengan kematian atau persaraan seorang perdana menteri). 

NONEYang di-Pertuan Agong menjemput Pemimpin pihak-pihak Pakatan - sama ada Najib Razak atau Anwar Ibrahim - yang mendapat sokongan daripada 112 atau lebih ahli Dewan Rakyat.

Ia adalah semudah dan sejelas itu. Saya telah menetapkan kedudukannya seperti yang dibincangkan oleh cendekiawan-cendekiawan perlembagaan di Malaysia, Britain, India dan Australia di Lampiran yang berikut.

Hakikat politik adalah penguasaan parti-parti dalam sistem demokrasi yang moden, dan yang lebih penting lagi adalah penggunaan whip parti untuk menjamin disiplin di kalangan ahli-ahli parti. 

Ini bermakna bahawa parti-parti (atau pakatan parti-parti) adalah pelakon dominan dalam bidang politik. Mereka memilih calon-calon, membiayai mereka, dan memastikan bahawa mereka bertanding atas tiket parti yang menyokong manifesto parti. 

Pengundi-pengundi sentiasa mengundi untuk parti, dan bukannya calon, walaupun terdapat calon-calon yang sentiasa berkarisma, yang akan menerima beberapa undi tersendiri, dan bukannya melalui parti mereka. 

london tunnel explosion 070705 tony blairSelepas pilihan raya, ahli-ahli Parlimen yang berjaya menerima cemeti parti dan mengundi dengan parti mereka sepanjang hayat Parlimen tersebut. Parti itu sendiri memilih pemimpinnya. 

Oleh itu, untuk semua tujuan praktikal, pemimpin parti politik yang telah memenangi pilihan raya umum akan dijemput oleh pemerintahan berraja untuk membentuk kerajaan akan datang.

Sebagai contohnya, Tony Blair yang memimpin Parti Buruh dalam kemenangan pada tahun 1998, dan telah dijemput oleh Queen Elizabeth untuk menjadi perdana menteri. 

Dalam keadaan yang sedemikian, pemerintahan beraja tidak mempunyai apa-apa pilihan dalam perkara itu.

Di Malaysia, tiada satu parti (tidak juga Umno) yang telah dapat menguasai majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat. Sebaliknya, kerajaan merdeka pertama Malaya yang mengambil alih kuasa pada 31 Ogos 1957 adalah pakatan Perikatan yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC.

Birokrat yang patuh pada BN


Pada tahun 1972, pakatan Perikatan berkembang kepada pakatan BN yang kini terdiri daripada 14 parti politik yang berbeza. Semua enam perdana menteri Malaysia memimpin pakatan-pakatan, dan cara itu akan berterusan pada masa hadapan.

Maklumat palsu yang tersebar dalam media massa BN, bahawa terdapat perbezaan yang besar antara pakatan-pakatan BN dan Pakatan yang mana Yang di-Pertuan Agong perlu mengambil kira apabila melantik seorang perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-13.

Menurut hujah ini, Barisan telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di bawah Akta Pertubuhan 1966. 

Hasilnya, semua calon-calon bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan oleh BN akan bertanding atas tiket BN yang sama. 

Sebaliknya, calon-calon Pakatan akan bertanding sebagai calon-calon PAS, PKR atau DAP dan bukannya sebagai calon Pakatan. Ini adalah suatu hujah yang licik. 

psm meets ros selangor 050906 discussApa yang tidak dinyatakan ialah ROS adalah suatu birokrat yang sama sekali patuh kepada kerajaan BN. Ia tidak bertindak secara bebas, adil atau betul. Hanya satu contoh sifat berat sebelahnya akan mencukupi.

Perlu diingatkan bahawa apabila Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Umno haram pada tahun 1986, ROS segera meluluskan permohonan Dr Mahathir Mohamad untuk pembentukan Umno Baru sementara menolak permohonan oleh bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn bagi pendaftaran parti politik mereka sendiri. 

Oleh itu, ia tidak menghairankan untuk mengetahui bahawa ROS menolak permohonan Pakatan untuk mendaftarkan dirinya sebagai sebuah parti politik manakala meluluskan permohonan yang serupa BN. 

Oleh itu, Pakatan dihalang daripada bertanding sebagai sebuah parti tunggal.
Dalam keadaan sedemikian, dengan penyalahgunaan undang-undang, Pakatan tidak dilayani dengan cara yang sama dengan BN. Sesungguhnya ia tidak boleh, secara objektif, menjadi faktor yang berkaitan dalam pelaksanaan budi bicara Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 43(2)(b) berkenaan dengan siapa yang mungkin mendapat menguasai kepercayaan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Apa yang terserlah dalam pilihan raya umum ini adalah satu pertandingan sengit yang menawarkan satu pilihan yang mudah dan jelas antara BN dan Pakatan. 

Dengan sedemikian, ia adalah sebuah pilihan yang mudah dan jelas antara Najib dan Anwar sebagai perdana Menteri. Malah, dalam kempen gaya berpresiden yang diguna oleh Najib, keperibadiannya sangat ditegaskan, dan bukannya keperibadian Umno atau BN. 

Jumlah pengundi 13.3 juta juga sedar bahawa mereka mempunyai pilihan yang mudah dan jelas ini dalam peti undi, dan dialu-alukan untuk mengundi di sepanjang garisan itu dalam dua penjuru pertandingan di semua kerusi yang dipertandingkan.

Agong perlu berpaling, jika perlu

Dengan latar belakang ini, tidak tepat untuk berhujah bahawa Najib boleh mengambil kira semua ahli Parlimen BN apabila mengira sokongan beliau di Dewan Rakyat, tetapi Anwar hanya boleh mengambil kira ahli Parlimen PKR (tetapi bukan orang lain yang telah dipilih di bawah DAP, PAS atau parti-parti Pakatan yang lain). Mitos ini perlu dimusnahkan.

Seperti semua rakyat Malaysia, Yang di-Pertuan Agong dan penasihat-penasihat istana beliau mengikuti kempen, pilihan raya dan keputusan dengan teliti. 

Yang di-Pertuan Agong berhak secara berperlembagaan untuk menggunakan pertimbangan beliau secara senyap, tenang, bebas dan saksama. 

azlanTiada tekanan atau ancaman yang perlu digunakan untuk mempengaruhi Yang di-Pertuan Agong. Episod yang memalukan di Sabah pada bulan April 1985 yang menyebabkan perebutan kuasa oleh Tun Mustapha dan Harris Salleh yang menjadi subjek litigasi dalam Tun Mustapha Harun v Tun Mohd. Adnan Robert dan Datuk Joseph Pairin Kitigan [1986] 2 MLJ 420, tidak harus diulangi.

Yang paling kritikal adalah Yang di-Pertuan Agong berhak untuk menerima nasihat undang-undang bebas, iaitu bebas daripada BN dan Pakatan. 

Ini bermakna bahawa Jabatan Peguam Negara, yang telah bertahun-tahun memberi nasihat undang-undang yang berat sebelah kepada kerajaan BN, dan peguam negara yang secara berperibadi terhutang budi kepada Najib dan yang mendakwa Anwar sejak tahun 1998, juga tidak seharusnya menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan tugas paling penting beliau sebagai pemerintahan Raja berperlembagaan iaitu, pelantikan perdana menteri yang seterusnya.

Yang di-Pertuan Agong perlu berpaling ke arah lain untuk mendapatkan nasihat undang-undang bebas, jika ia menjadi satu keperluan.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.