Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 14, 2013

Berpuluh Tahun Dah Rakyat Tengok Dan Tunggu Wahai Abe Jib

Kesian.....rakyat tertipu pada setiap pilihanraya
Kalau saya tak silap zaman Pak Lah telah disediakan peruntukan
Bagaimana hasilnya?
Tak ada untung untuk kroni tak adalah projek
Dok gitu?
Yang rakyat paling seronok ialah kamera AES projek menyeluk saku rakyat!

Najib: Kemudahan awam boleh ditingkatkan tanpa perlu tukar kerajaan
TERKINI @ 07:44:38 PM 14-04-2013
KUALA LUMPUR, 14 April — Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited meningkatkan pengangkutan awam untuk kemudahan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini serta menambah tidak perlu mengubah kerajaan untuk melakukannya.
Najib (gambar) berkata kerajaannya sentiasa peka dan mendengar masalah yang dihadapi rakyat, antaranya masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota dan kelemahan sistem pengangkutan awam.
“Kerajaan sememangnya prihatin tentang keperluan dan kepentingan rakyat,” kata Najib semasa merasmikan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini di Bandar Tasik Selatan. .
“Masalah kesesakan jalan raya dan kemudahan pengangkutan awam adalah masalah utama di ibu kota, walaubagaimanapun kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.”
Najib juga berkata salah satu contohnya adalah dengan pembinaan terminal TBS yang bernilai RM570 juta, dimana menurutnya masalah kesesakan di ibu kota berpunca daripada bas yang banyak terutamanya di Pudu Raya.
“Kerajaan telah membina TBS ini untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di ibu kota yang berpunca daripada bas yang banyak terutamanya di Pudu Raya.
“Dengan pembinaan TBS ini, kita dapat mengurangkan 500 bas yang tertumpu di Pudu Raya,” tambah Najib.
Disamping itu, Najib juga mengumumkan satu lagi pembinaan terminal sama iaitu Terminal Bersepadu Gombak untuk mengurangkan kesesakan di sekitar Lembah Klang.
Disamping itu, Najib juga mengingatkan ratusan hadirin yang hadir bahawa kerajaan mampu menangani masalah kesesakan dan pengangkutan awam serta menegaskan tidak perlu sehingga mahu menukar kerajaan.
“Yang penting adalah bukan menukar kerajaan yang sedia ada tapi lihat keberhasilannya.
“Itu anda perlu tanya pada diri sendiri, sama ada perlu menukarnya untuk mendapatkan keberhasilan yang diharapkan atau kekalkan kerajaan hari ini yang sedia ada sudah buktikan keberhasilannya,” kata Najib lagi.
“Jika kita boleh melangkaui jambatan itu pada 5 Mei, kita boleh beri lebih banyak.”
Sejak mengambil alih jawatan pada tahun 2009, Najib telah memulakan misi untuk mendapatkan kembali sokongan minoriti dengan menggabungkan semua dalam satu konsep 1 Malaysia yang menjadi teras dasar kerajaan.
Dalam pilihan raya bersejarah 2008, BN kehilangan majoriti tradisional dua pertiga dan hilang lima negeri selepas sokongan bukan Islam berkurangan kepada mereka.
Prestasi mengecewakan terpaksa menyaksikan Tun Abdullah Ahmad Badawi keluar dari pejabat dan memberi laluan kepada penggantinya Najib untuk menebus kekalahan merugikan yang dialami BN pada 2008.
Tempoh secara rasmi bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei.
Pilihan Raya 2013 dianggap paling sengit dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan pada 1957, kajian bebas menunjukkan BN mungkin boleh memenangi pilihan raya tetapi tipis dengan memperoleh 117 kerusi berbanding Pakatan Rakyat hanya 105 sahaja.
Pengangkutan dan kemudahan awam antara perkara yang penting khususnya untuk penduduk ibu kota Kuala Lumpur, menyedari tentang kepentingan isu tersebut BN juga menumpukan isu tersebut dalam manifestonya yang dibentangkan baru-baru ini.
Antara janji BN ialah mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.
BN juga berjanji untuk memperluaskan sistem rel Transit Pantas Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan komuter, dan membina terminal bas, rel dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.
Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Pakatan Rakyat memenangi 10 daripada 11 kerusi yang ditandinginya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ia petanda jelas sokongan kelas pekerja yang memihak kepada pembangkang tersebut.
Disamping itu, BN juga tersempit dengan tuntutan beberapa badan bukan kerajaan yang terdiri daripada pemandu teksi yang sudah menyatakan pendirian secara terbuka untuk menyokong PR pada Pilihan Raya 2013 jika isu permit dan kebajikan mereka tidak dibela.
Pilihan raya umum bakal diadakan pada 5 Mei depan dengan 20 April ini adalah hari penamaan calon dan parti politik mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen.
Seramai 13,268,002 layak mengundi dalam PRU13 kali ini.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada pilihan raya kali ini yang dianggap sebagai paling sengit dalam sejarah negara - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa