Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 14, 2013

Dah Boleh Agak Apa Tindakan Polis!

DAP buat laporan polis terhadap Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR: DAP hari ini membuat satu laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung satu artikel dalam blog bekas Perdana Menteri itu yang didakwa bersifat fitnah terhadap parti itu dan menghasut kepada kebencian kaum.

Laporan polis itu dibuat Biro Undang-Undang DAP Lim Lip Eng pagi tadi.

Ianya berkaitan artikel bertajuk "Gelang Patah" yang antara lain mendakwa kemenangan penasihat DAP Lim Kit Siang di parlimen itu hanya akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum.

Dr. Mahathir juga mendakwa, kehadiran Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah sebagi cuba menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.

Dalam satu kenyataan bersama pemimpin DAP hari ini, mereka berkata, laporan polis itu dibuat ekoran dakwaan dalam artikel tersebut tidak berasas dan bersifat fitnah terhadap Kit Siang.

"Artikel  tersebut ditulis dengan niat jahat untuk tujuan menghasut perasaan benci di kalangan kaum-kaum di Malaysia,' kenyataan itu dipetik.

Selain Lim Lip Eng, turut menandatangani kenyataan itu termasuk Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP Dr Ong Kian Ming, serta Naib Pengerusi DAPSY Tiew Wey Kheng.

Menurut mereka, pihak polis wajar menyiasat Dr Mahathir, di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan undang-undang lain yang sesuai.

"Jika polis tidak mengambil apa-apa tindakan, ini akan menghantar mesej kepada rakyat bahawa penggunaan kebencian dan hasutan akan dibenarkan semasa kempen PRU ke-13," katanya. - sumber

3 comments:

  1. nak harap polis ambil tindakan? selamat malam aje lee. kalau kes2 macam ini yg melibatkan org atasan umno polis akan jadi bacul dan dayus, inilah negara ku tercinta yg diketuai oleh melayu umno. dah berapa banyak kpn bertukar tangan tapi masih macam itu juga, tak berubah malah lagi teruk ade le. tapi kalau melibatkan parti pembangkang tak payah report masuk saja dlm lapuran akhbar terus aje siasat.

    ReplyDelete
  2. Setuju untuk habis habisan gunakan politik perkauman kpd dap.... Selama ini kalau kita hanya sindir, tapi kini kita mengaku.... Apa guna kalau hanya dap yang seLama ini begitu racist, kita diamkan.... Kini biar melayu pulak racist, biarlah apa nak jadi...

    ReplyDelete
  3. Deyyyy. DAP cina apa? Cina haram jadah? Racist??? Yang MCA dan Gerakan tu cina apa pula???? Oh yaaaaaa!!!! Cina yang berkawan dengan UMNO Lanatullah tu.......berketurunan bugis, banjar, boyan, aceh, minangkabau, mendeleng., jawa.........oh mereka dari rumpun melayu jugalah agaknya.Sebab itu boleh berkawan??? Bukalah minda sikit yob.Jangan macam katak di bawah tempurung.
    La ni baru nak mengamok sakan buat apa.UMNO yang telah memerempatkan orang Melayu.Mengapa Nak salahkan DAP. DAP belum lagi perintah Malaysia.Tapi tanah dah habis Cina sapu.Sapa yang buat jadi macam ni Yob????? PAS, PKR????? Tu yang dusah tu.Otak kat kepala lututttt.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa