Published: Khamis April 4, 2013 MYT 7:03:00 PM
Updated: Khamis April 4, 2013 MYT 7:11:18 PM
Penyanyi Aishah Tanding Parlimen Jempol?
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah akan menjadi calon mewakili parti itu di Parlimen Jempol.
Dipetik dari portal berita Antarapos pada Khamis, beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ mengumumkan perkara tersebut pada ceramah anjuran PAS Bukit Bintang di Gombak.
Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin yang dipetik sebagai berkata, beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.
“Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding),” katanya kepada Antarapos - Sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa