Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 4, 2013

PRU13: Kalau SPR Telus, Tidak Belit Dan Tidak Pekak Badak, Tidak Sape Pun Akan Pertikai!

SPR: 'PRU13 pilihan raya tidak wajar dipertikai'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab menjalankan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam tempoh terdekat ini berada dalam keadaan cukup selesa untuk menunaikan tanggungjawabnya kini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, setelah melakukan penambahbaikan - yang terbanyak sepanjang suruhanjaya itu menjalankan pilihan raya, pihaknya merasakan PRU13 adalah satu pilihan raya yang  tidak boleh dipertikaikan dari segenap aspek.

"Apa sahaja tuntutan-tuntutan parti politik yang dibuat melalui Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) kita akan laksanakan.

"Kalau dulu, bila tak laksanakan pembaharuan, itu yang akan menimbulkan isu dan ketegangan, sekarang apa lagi yang mereka hendak rungutkan," katanya pada sidang media selepas memberi taklimat kemudahan pusat media yang disediakan suruhanjaya itu, di sini, hari ini.

Pusat media berkenaan yang mula beroperasi hari ini akan menjadi hub maklumat PRU13, merangkumi maklumat daftar pemilih, senarai nama calon termasuk keputusan pilihan raya umum kelak.

Sidang media rasmi SPR juga akan dijalankan di pusat media ini selain menjadi tempat berkampung para petugas media melaporkan perkembangan PRU13.

Menurut Wan Ahmad, maklumat-matlumat yang dipaparkan di pusat media SPR ini juga akan dimuat naik di laman web rasmi agensi itu.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, agensi itu hanya bertanggungjawab menguruskan pilihan raya, namun hal-hal memastikan pilihan raya ini berjaya dan berjalan lancar, semuanya tertakluk kepada parti-parti yang menyertai pilihan raya tersebut.

"Parti-parti politik ini terdiri daripada pucuk pimpinan parti, calon-calon mereka dan penyokong-penyokong mereka," ujar beliau.

"Kalau calon-calon dan para penyokong mereka tidak dapat mengawal perasaan, menjalankan aktiviti kempen tidak mengikuti undang-undang, tidak mengikut arahan pihak keselamatan, maka pilihan raya yang sepatutnya aman  dan lancar akan menjadi masalah juga," tambah beliau.

Sehubungan itu, Wan Ahmad menggesa pihak-pihak yang bertanding juga tidak menyalahkan SPR di atas apa berlaku ketika proses pilihan raya berjalan kelak.
"Jangan salahkan SPR," tegas beliau.

SPR setelah menimbang syor-syor PSC Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya sebelum ini memutuskan untuk melakukan 15 pembaharuan dan penambahbaikan dalam sistem sedia ada.

Panel PSC ini terdiri daripada pemimpin kerajaan dan juga pembangkang.

Perubahan paling ketara yang dilakukan oleh SPR mengikut cadangan PSC ialah penggunaan dakwat kekal dalam PRU13.

SPR juga melanjutkan tempoh berkempen tidak kurang daripada 11 hari.

Suruhanjaya itu juga turut melantik pemerhati yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi memantau proses pilihan raya supaya ia berjalan dengan bebas dan adil.

Suruhanjaya itu juga dijangka bermesyuarat bagi membincangkan hari penamaan calon dan pengundian dalam masa terdekat ini.

Menurut Wan Ahmad, jika SPR menerima kesemua notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) pada hari ini, paling awal suruhanjaya itu akan mengeluarkan notis mesyuarat khas berkenaan pada hari ini.

Sehingga pagi tadi, SPR sudah menerima notis daripada Dewan Rakyat dan enam Dun.

Perkembangan terkini menunjukkan Dun Pulau Pinang akan dibubarkan esok sementara Johor sudah dibubarkan pagi tadi.

Kelantan dan Kedah juga dijangka membubarkan Dun hari ini.

Hanya Sarawak yang tidak perlu membubarkan Dun kerana telah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa