Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 15, 2013

Ini Barulah Tugas Yang Sepadan Dengannya!

Dari dok melalut, mengarut tak tentu pasal dalam negara lebih baiklah hantar dia pergi jauh iringi orang mati di luar negara sebelum dia sendiri pun diusung!
Pi main jauh-jauh!
Ada juga maknanya...

Kata-kata aku ni adakah pada adat sahaja kerana kerana hidup mati tadak siapa yang tahu. Itu urusan Allah...

Dr M wakili Malaysia pada upacara pengkebumian Thatcher
Pengawal Kehormat, terbentuk daripada ahli-ahli angkatan tentera Britain, mengangkat keranda bekas Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher semasa pengebumianya di Katedral St Paul di City of London, 15 April, 2013. - Gambar Reuters

PUTRAJAYA, 15 April — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mewakili kerajaan Malaysia pada upacara pengkebumian bekas Perdana Menteri Britain, Baroness Margaret Thatcher, Rabu ini.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Dr Mahathir akan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke upacara pengkebumian di St Paul’s Cathedral, London, United Kingdom, atas jemputan kerajaan Britain.
Pemilihan Dr Mahathir dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Kedua-dua tokoh itu akan menyertai personaliti terkemuka antarabangsa yang lain bagi memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri wanita pertama Britain, yang memegang jawatan itu dari 1979 hingga 1990,” katanya.
Dr Mahathir yang juga berkhidmat sebagai perdana menteri ketika itu, mempunyai hubungan yang erat dengan Thatcher, yang sekali gus memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom. – Bernama 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa