Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 15, 2013

Zaid Tanding Di KB: Adakah Orang-Orang PAS Akan Terima Sepenuhnya?

Pada saya sekiranya Zaid menentag Dato' Fatmi di Parlimen Kota Bharu, maka laluan untuk Dato' Fatmi tidaklah terlalu berliku

Pertama: Pada hemat saya orang-orang PAS (penyokong dan Ahli) tidak akan terima Zaid sepenuhnya kerana clon terjun begini telah pun Sikatak Lompat dari Pasir Mas tunjukkan
Kedua: Dato' Fatmi telah lama berendam dan berkubang di segenap ruang di Bahagian Kota Bharu sejak beliau memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu lagi - lama dulu
Ketiga: Zaid telah lama menyisihkan diri dari Pengundi-Pengundi Kota Bharu sejak dilicutkan dari Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu - dan diagkat ke kerusi menteri dalam era Pak Lah- banyak masanya berada di Kuala Lumpur
Keempat: Cara hidup Zaid juga menjadian dia tidak popular mata orang Kota Bharu - bagi yang tahulah. Sedangkan Dato' Fatmi walaupun dari keluarga berada tetapi tetap dengan style yang digemari oleh orang yang non-partism di samping beliau kurang musuh di kalangan UMNO sendiri

Jadi sekiranya PAS ingin meletakkan Zaid bertanding di Parlimen Kota Bharu atas tiket PAS, pucuk pimpinan PAS seharusnya berIstikharah dan fikir secara mendalam!

Bagi saya kedua-dua mereka saya kenal........ 

Published: Isnin April 15, 2013 MYT 12:45:00 PM
Updated: Isnin April 15, 2013 MYT 12:49:56 PM

Zaid Bakal Bertanding di Kota Baru?
Oleh IAN MCINTYRE dan SYED AZHAR

KOTA BARU: Ahli politik veteran Datuk Zaid Ibrahim mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Baru jika PAS memberikannya peluang.
Difahamkan nama Zaid dibangkitkan kerana beliau amat disenangi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kerusi tersebut sebelum ini dipegang oleh veteran PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang terlebih dahulu mengumumkan persaraannya.
Namun, Wan Abdul Rahim menarik balik keputusannya untuk bersara selepas dipujuk kepimpinan PAS negeri untuk mempertimbangkan cadangan bertanding di Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah.
Zaid, 62, adalah bekas menteri kabinet dan pernah memegang jawatan utama dalam Parti Keadilan Rakyat dan Parti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) di mana beliau adalah Presiden parti itu.
Beliau berkata sanggup berdepan Datuk Mohd Fatmi Che Salleh yang disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.
Zaid mengesahkan berlaku mesyuarat secara tidak formal mengenai kemungkinan beliau akan bertanding di kerusi tersebut atas tiket PAS.

1 comment:

  1. Cari la orang lain selain dia ni untuk mewakili PR/PAS. cukup2 lah apa yang dia telah buat kepada PR... malah lebih mencelaru dari membantu... pilih dia macam lah PAS pilih Ibrahim Ali dulu. Kang berulang perkara yang sama. Tak kan seluruh kelantan tak ada orang lain yang lebih layak dan lebih komitted dengan PR?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa