Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 17, 2013

Kejutan Atau Gimik SiRaja Katak?

Pada saya Brehem ni tandingkat mana pun buat habiskan boreh ajer
Sikatak yang melilau mencari lopak!
Ibrahim Ali Buat Kejutan Mungkin Turut Tanding DUN
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

Ibrahim berkata, beliau mungkin akan bertanding di peringkat DUN di bawah Parlimen Pasir Mas, sama ada Tendong, Pengkalan Pasir atau Chetok.
"Di mana saya akan turut bertanding di kerusi DUN dan Parlimen atas tiket bebas, kita tunggu (pengumuman) pada 20 haribulan ini (penamaan calon).
"Saya tidak boleh beritahu sekarang sebab saya calon bebas, simbol akan ditunjukkan oleh pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan akan pilih salah satu daripada simbol yang ada," katanya kepada pemberita di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dekat sini, Selasa.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, beliau menyeru kepada semua ahli badan bukan kerajaan (NGO) itu agar menyokong BN dan tidak membuat perkara yang tidak baik ekoran beliau tidak terpilih sebagai calon parti itu.
"Saya konsisten, saya tidak mahu menjadi manusia yang berpura-pura. Saya menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan sekarang untuk kepentingan, keselamatan dan keamanan negara.
"Maka saya menyeru semua ahli-ahli perkasa di seluruh negara (agar) beri sokongan kepada Barisan Nasional. Jangan buat yang tidak baik, saya merayu sangat.
"Kalau untuk kerjasama itu, saya perlu mengundurkan diri sebagai Presiden Perkasa, saya rela berbuat demikian. Sebab saya dah wujudkan Perkasa, sudah empat tahun saya memimpin, sudah menjadi pertubuhan yang berstruktur, ahlinya ramai dan ada pimpinannya," katanya.
Ditanya mengenai jika menjadi calon bebas mungkin akan menjejaskan peluang BN untuk merampas Kelantan daripada PAS, Ibrahim berkata:
"Saya tidak mahu cakap apa-apa sebab saya minta rakyat Kelantan untuk beri sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional kecuali di Pasir Mas.
"Di Pasir Mas pun, saya tidak mahu bersaing atau berlawan dengan pihak Barisan Nasional. Cuma saya hendak masuk Dewan Rakyat, dan kalau boleh saya hendak masuk Dewan Undangan Negeri."
Ibrahim pasrah apabila beliau tidak terpilih sebagai calon BN seperti yang dihajatinya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas berikutan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Selasa mengumumkan Che Johan Che Pa yang akan menjadi calon parti bagi kerusi parlimen itu.
Bagaimanapun, beliau nekad untuk mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya dengan bertanding sebagai calon bebas pada PRU-13.
Menurut Ibrahim, kemungkinan sebab beliau 'dihalang' daripada bertanding atas tiket BN kerana kedudukannya sebagai Presiden Perkasa yang dilihat sebagai NGO Melayu yang rasis.

2 comments:

  1. Biarlah dia nak tanding kat mana pun..... Kenapa nak kutuk dia? Adakah dia menyusahkan kamu? Adakah ianya melanggar hukum syarak? Adakah ianya melanggar perintah Allah dgn bertanding?
    Cubalah jadi muslim yang baik, yang tiada sifat keji mcm orang kafir.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya dia ni LANGSUNG TAK ADA FAEDAHNYA...!!! Memang patutpun bn tak ambik... Eloknya letak dalam aquarium kat zoo tu... Bubuh label KATAK TERBESAR DI DUNIA...kah kah kah!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa