Calon pilihan Najib untuk bertanding atas tiket BN dalam PRU13 sudah pun diumumkan dan Ku Nan Setiausaha Agung UMNO kata yang senarai itu muktamad
Jadi dengan muktamadnya senarai Calon-Calon yang diistiharkan maka tertutuplah jalan ke Parlimen atau DUN kepada semua pelarian politik dari PAS, DAP dan PKR yang berangan-angan menjadi MP atau ADUN mewakili BN dalam PRU13 nanti.
Kesemua pelarian dari PAS tidak disenaraikan Najib termasuk Raja Bodek merangkap Raja Katak dari Pasir Mas (pelarian dari PAS). Dalam PRU12 siRaja Katak ini menang dengan majoriti selesa di atas tiket PAS yang disedekahkan oleh Nik Aziz.
Dia lari dari PAS dan istiharkan diri sebagai Wakil Bebas di Parlimen yang mesra UMNO. Dari saat itu bermulalah episod ampu dan bodek untuk menempatkan diri di kalangan MP UMNO sehingga sanggup mencium tangan 'FLOM'.
Tapi akhirnya mengamuk kerana gagal memikat hati Najib walau pun Maharaja Mamak seolah memaksa Najib untuk memilih siRaja Katak ini mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas.
Hassan Ali juga nasibnya tidak jauh dari apa yang diterima oleh siRaja Katak. Namanya juga langsung hilang dari senarai Najib.
Walau pun rela menderhaka kepada PAS dan menentang arus perjuangan PAS serta rela menyumpah seranah rakan-rakanya seperjuangannya dulu sehingga dipecat dari PAS dan dinyahkan pula dari kerusi exco Selangor oleh MB selangor ketika itu Khalid Ibrahim. Setelah jatuh terduduk beliau bergerak pula dengan landasan NGO Jati.
Dari situ bermulalah pula dia membina pentas sendiri dan pentas yang disediakan oleh UMNO untuk menghentam PAS dan menjaja cerita sex bagi pihak UMNO walau pun kononnya penubuhan Jati adalah untuk memperjuangkan akidah. Tapi akhirnya jahatnya terdedah jua
Akhirnya dia juga kecewa bila namanya juga tercicir dari senarai nama pencalonan UMNO yang berada di tangan Najib.
Manusia ketiga yang dikecewakan Najib ialah Nasharuddin Mohd. Isa bekas Naib Presiden PAS. Dia juga rela menderhaka kepada PAS dan mengecewakan rakan-rakan seperjuangannya di dalam PAS dengan tuduhan yang bukan-bukan setelah merelakan diri diarak ke sana kemari di dalam rombongan Najib dari Mekah sehingga ke Palestin.
Namun dia juga kecewa kerana mungkin gagal memikat hati Najib mengamanahkan tugas mewakili UMNO di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN sedangkan di dalam PAS juga namanya hilang dari senarai
Persepsi saya adalah sama ada Najib menghormati PAS dengan tidak memilih semua pelarian ini untuk bertanding di atas tiket BN atau memang rencana Najib dan UMNO untuk menjadikan kesemua mereka ini alat untuk memecah-belahkan PAS dalam PR demi kelangsungan UMNO dan BN
Kalaulah kesemua mereka menjadi alat, alangkah bodohnya mereka ini kerana tidak sedar yang diri mereka hanya dijadikan alat oleh Najib dan UMNO. Huu..huu.... sekarang menangislah mereka tidak berlagu.
Tapi dalam pada itu berlainan pula nasib para pelarian dari PKR.
Zul sikatak Kulim dihadiahkan lopak baru yang belum tentu berair di Shah Alam oleh Najib dan begitu juga Gobala medapat penghormatan dari Najib walau bukan di kerusi lama.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa