Inilah jenis perusak masyarakat
Tak ada Iman langsung!
Kerana politik binatang jenis ini tak pernah fikirkan akibat dari perbuatan gilanya
Harap Polis siasat dan hukum manusia-manusia gila nih!
Warga emas Besut terkejut gambar lucah, CD dalam sampul surat
13 April 2013
BESUT - Seorang warga emas terkejut apabila mendapati dua sampul surat di depan pagar rumahnya di sebuah taman perumahan di sini mengandungi gambar lucah dan cakera padat, pagi kelmarin.
Warga emas, Kamariah Abdullah, 68, berkata, dia menyedari dua sampul surat di depan pagar rumahnya ketika mahu keluar rumah jam 7.30 pagi.
Menurutnya, pada mula dia tertanya-tanya kandungan sampul surat yang sudah basah itu, namun sebaik membuka dan melihat isi kandungannya, dia terkejut besar kerana terdapat sekeping gambar lucah dan cakera padat.
“Dalam setiap satu sampul surat itu mengandungi satu cakera padat dan gambar lucah. Gambar lucah itu merupakan kertas kulit kepada cakera padat itu.
“Kak Yah kemudian memaklumkan apa yang berlaku kepada suami Kak Yah. Kak Yah percaya sampul surat itu diletakkan individu tertentu pada awal pagi kerana keadaan sampulnya basah,” katanya ketika ditemui, semalam.
Kamariah berkata, dia bersama jirannya yang turut menerima dua sampul surat sama menyerahkan kepada pihak polis yang datang sejurus beberapa minit kemudian.
Dia difahamkan, polis merampas 16 sampul surat di kawasan perumahan tersebut termasuk di Lorong Sekolah selepas diedarkan oleh pihak tidak dikenali.
“Kak Yah langsung tak tahu kandungan video dalam cakera padat itu sehingga semalam, apabila orang ramai memperkatakan cakera padat itu mengandungi video seks yang dikaitkan dengan individu kenamaan,” katanya.
Semalam, daerah ini heboh apabila dikatakan tersebar cakera padat mengandungi video lucah
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa