Masih ada anak muda yang waras dan berfikiran positif di dalam UMNO
Betul pandangannya
Berpolitiklah dengan bijak - hujah lawan dengan hujah!
Ini tidak
Yang tua bangka tunggu ajal pun masih nak mengadu-domba dan amalkan politik ugut
Amalan ugut dan rasis ini dah melangkaui masa!
OLEH MD IZWAN
APRIL 13, 2013
APRIL 13, 2013
KUALA LUMPUR, 13 April — Khairy Jamaluddin mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan politik lucah dan menegaskan Barisan Nasional (BN) menolak sekeras-kerasnya tindakan sedemikian.
Semalam, satu lagi video seks sepanjang 11 minit menyerupai pemimpin tertinggi PAS telah disebar di Internet oleh laman-laman blog pro-Umno.
“Saya ingin nyatakan bahawa saya menentang politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya.
“Umno dan Barisan Nasional tidak menggalakkan mana-mana pihak, mahupun pihak ketiga untuk mengamalkan politik seperti itu,” kata bekas ahli parlimen Rembau itu semasa merasmikan program BN Youth Volunteer (BNYV) di Bangsar pagi ini.
Khairy (gambar) berkata tidak adil sekiranya pembangkang mahu menunding jari kepada BN mengamalkan politik lucah kerana musuh politik mereka banyak dan bukan hanya daripada kalangan parti pemerintah sahaja.
“Tidak adil mereka salahkan Umno dan BN sahaja.
“Musuh mereka banyak, bukan hanya daripada kerajaan sahaja,” katanya lagi.
Khairy juga berkata BN tidak akan sampai ke tahap menggunakan politik lucah untuk berkempen dan cerita-cerita yang dibuat bertujuan untuk memberikan gambaran negatif kepada BN.
“BN tidak bertindak sehingga tahap itu. Politik juga ada batasannya,” kata beliau.
Dalam pada itu, Khairy juga menggesa kedua belah pihak tidak kira daripada kerajaan ataupun pembangkang untuk berpolitik secara matang dan bersih pada Pilihan Raya 2013 nanti.
“Marilah sama-sama kita pastikan perlawanan kali ini bersih.
“Kita lawan politik dengan idea, dasar dan polisi yang baik untuk rakyat, bukannya dengan politik lucah,” katanya lagi.
yang jelas ... menteri umno pun turut serta membenarkan isu lucah ti tayangkan di tv.
ReplyDeletePRU 13 ini semuga dapat membuka minda rakyat.... beza antara kerajaan dan parti. Kerajaan di pilih 5 tahun sekali.
http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/04/bn-hulu-selangor-panas.html
Kami rakyat bukannya boleh diperbdohkan lagi. Bermula zaman Mahathir lagi, isu lucah sengaja diada-adakan oleh UMNO terhadap pemimpin pembankang. Kes Azizan, kes Saiful Bahri, kes yang terbaru semuanya kerja UMNO. Blogger sebagai pencetus, sealigus media perdana dan pemimpin UMNO memperbesarkan isu untuk mengaib-aibkan pemimpin pembangkang. Mana UFB, mana TSHZ? Selagi ulama-ulama UMNO ini berTuhankan Najib dan Rosmah, selagi itulah fitnah dan video lucah berleluasa. Mereka bukan bekerja kerana Allah, tapi kepada Tuhan mereka, Najib dan Rosmah.
ReplyDelete