Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 3, 2013

Makhluk Perusak Yang Tak Pernah Rasa Bersalah!

Makhluk perusak yang tak sedar diri yang dialah yang merusakkan segala
Tapi orang lain pula yang ditudingnya
Memang dari dulu dan selamanya kaki kelentong!

Zul Noordin tuding jari pada Pakatan
Jamilah Kamarudin | April 3, 2013
Beliau menyalahkan Pakatan Rakyat berhubung isu klip video ucapannya yang menghina penganut agama Hindu.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia  Datuk Zulkifli Noordin sekali lagi menegaskan permohonan maafnya secara terbuka kepada masyarakat beragama Hindu berikutan klip video ucapannya yang tersebar sejak minggu lalu.
“Kepada rakan-rakan penganut agama Hindu, dengan menyusun sepuluh jari saya mohon maaf atas sekiranya saya mengguris hati mereka kerana saya tak berniat nak menghina agama Hindu.
“Semoga tuan-tuan memaafkan saya,” kata beliau yang juga ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di sini hari ini.
Beliau sebaliknya menyalahkan parti dalam Pakatan Rakyat yang mengamalkan politik sempit dan suka mencaci pihak lawan sehingga mempengaruhinya bertindak sedemikian.
Beliau turut mempertahankan kenyataannya itu dibuat dalam satu ceramah di markas PAS kira-kira 10 tahun lalu semasa beliau masih lagi memegang jawatan Yang di Pertua PAS kawasan Bandar Tun Razak dan Ahli Jawatankuasa PAS Wilayah Persekutuan.
Malah, ucapan itu dibuat dalam program PAS dihadapan penyokong parti sendiri semasa beliau masih menjadi peguam mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, semasa dalam PAS beliau telah ditanamkan sifat jumud, ekstremis, dan cauvinis sehingga menghina pihak lain demi kepentingan politik sebelum menyedari kesilapan itu dan keluar parti.
‘Saya boleh jadi pelampau’
“Saya terpengaruh dan boleh jadi pelampau…tetapi mereka (Pakatan Rakyat) menyembunyikan hakikat siapa yang mengajar penyokong jadi begini.
“Ini merupakan amalan mereka, dari dulu kini dan selamanya amalan cauvinis, ekstremis dan menghalalkan tindakan demi politik sendiri.
“Pengaruh mereka sangat kuat sehingga saya yang berpendidikan undang-undang di Eropah juga boleh percaya,” katanya.
Percaya video tersebut sengaja diolah semula dan sengaja mengaitkannya dengan Perkasa dan Barisan Nasional (BN), Zulkifili berkata pembangkang sengaja mengalihkan isu tersebut daripada isu video seks yang terpalit dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  termasuk konflik dalaman parti membabitkan perebutan kerusi.
Beliau turut membangkitkan persoalan beberapa tindakan Pakatan  yang memainkan isu sentimen perkauman dan agama sejak dulu lagi.
Antaranya menurut Zulkifili kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pada tahun lalu yang mengaitkan perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan, perobohan kuil oleh kerajaan Pakatan di Selangor serta penghinaan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kepada N Gobalakrishnan dengan gelaran ‘pariah’.
Sehubungan itu Zulkifili mendesak supaya Pakatan menghentikan tindakan memusnahkan kuil dan memohon maaf kepada Gobalakrishnan kerana menggelarkannya dengan panggilan sedemikian.
“Persoalannya, siapa yang menghina penganut Hindu?
“Saya menyeru kepada semua penganut Hindu supaya menolak amalan cauvinis, amalan jumud pembangkang dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.
Turut hadir dalam sidang media Mursidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip serta Ahli Majlis Syura TIBAI Ng Lum Yong.

3 comments:

  1. Salam Mountdweller

    Kenapa nama Ahli Majlis Syura tu tak macam nama Islam? Kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Zul Kulim sudah nanar kerana dia bukan Ahli Parlimen lagi dan kemungkinan tidak lagi bertanding.

    ReplyDelete
  3. Inilah munafiknya budak loyer buruk dan beruk nama zul, dia pernah kata Nabi Ibrahim a.s baca surat kabar dan hisap rokok masa Namrud bakar baginda, lepas tu hina agama orang yang mana Allah melarang.

    Sekarang salahkan PAS dan PKR pulak, kata-kata tu keluar dari mulut siapa heh......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa