Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 3, 2013

Wahai Rakyat Jelata. Tolonglaa....Tugas Najib Belum Selesai!

Betul sangatlah tu
Memang nasib Najib di tangan rakyat

Yang tak pastinya adalah tugas apa yang Najib belum selesaikan?
Memfaraitkan segala khazanah Malaysia kot?

Sebenarnya Najib tak tamak dan tak makan sorang
Dia sebahagiannya ditabur untuk rakyat
Dan sebahagian yang lebih besarnya?

Tapi yang bayar hutang negara nanti sape ek?

Najib mahukan mandat lebih besar untuk selesaikan tugasnya
OLEH AMIN ISKANDAR
PENOLONG PENGARANG BERITA
APRIL 03, 2013
KUALA LUMPUR, 3 April — Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat Malaysia memberikan mandat lebih besar dalam Pilihan Raya 2013 kepada beliau dan pasukannya untuk melengkapkan program transformasi yang diperkenalkan selepas mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009.
Dalam tulisan diblog peribadinya 1Malaysia (gambar), Najib menyatakan visinya untuk negara dan menyenaraikan pencapaian pentadbirannya semenjak memimpin negara empat tahun lalu.
“Dengan rendah hati, saya menyeru kepada anda semua agar terus memberi sokongan kepada saya supaya kita dapat bersama-sama mewujudkan sebuah negara yang lebih baik,” tulis perdana menteri.
“Dengan mandat yang kukuh daripada rakyat, kita mampu melaksanakan tugas ini dengan baik,” tambah beliau lagi.
Menurut Najib, beliau mahu memastikan supaya ekonomi negara terus berkembang agar perniagaan di negara ini mampu mendapat keuntungan berganda, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
“Sebab itulah saya memperkenalkan transformasi politik yang dapat menjamin keselamatan serta kebebasan selain memastikan rakyat berbilang kaum di negara ini terus bersatu agar Malaysia kekal stabil dan makmur.
“Saya mahu melihat setiap debat yang membina dapat diadakan memandangkan setiap daripada kita mempunya cara serta pandangan masing-masing untuk Malaysia yang kita cintai. Saya yakin perpaduan di negara ini mampu menjadikan kita lebih kuat,” kata Najib yang membubarkan parlimen pagi tadi.
Najib merupakan perdana menteri paling lama tanpa mandat sendiri daripada rakyat, mengatasi bapanya Tun Abdul Razak Hussein yang berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia kedua daripada 22 September 1970 hingga hari pilihan raya pada 24 Ogos 1974.
SPR akan bertemu dalam beberapa hari lagi untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang mesti diadakan dalam  tempoh 60 hari bermula dengan notis pembubaran Dewan Rakyat dan setiap DUN yang masih belum dibubarkan.
Ahli politik daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) akan bertarung untuk merebut 222 kerusi  parlimen dan 505 kerusi DUN pada Pilihan Raya 2013

1 comment:

  1. Aku bagi bukan tak bagi, tapi nko pass kat rosemak.....jadi tolong lah najib nko kasi huban roemak dulu sebelum hari mengundi.....hmmm belum tentu ......mamak nko ada lagi nko humban sekali baru aku bagi kot.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa