Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 4, 2013

Operasi Daulat: Datuk Seri Yang Ditahan Ni, Datuk Seri Malaysia Ke?

Operasi Daulat: polis tahan Datuk Seri bersama seorang wanita dan lelaki

LAHAD DATU, 4 April — Seorang lelaki tempatan bergelar Datuk Seri yang dicari berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat, ditahan di sebuah rumah pangsa di Tanjung Aru, Kota Kinabalu malam tadi.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata lelaki itu ditahan pada kira-kira 10.30 malam, beberapa jam selepas berita dia dicari polis disiarkan melalui media.
Beliau berkata penahanan lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu itu dibuat hasil maklumat orang ramai.
“Susulan itu, polis turut menahan seorang wanita, dipercayai isteri Datuk Seri itu dan seorang lelaki masing-masing berusia 55 dan 30 tahun, di kawasan berdekatan,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Tan berkata beberapa dokumen penting turut dirampas, dan ketiga-tiga mereka kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Semalam, Tan memberitahu sidang akhbar polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes berkaitan Operasi Daulat, dan polis turut mengedarkan gambar lelaki terbabit.
Sementara itu, Tan berkata sebuah balai polis bergerak akan mula beroperasi esok di Kampung Tanjung Batu, Tanjung Labian, Lok Buani, Lok Sambuang, Tanagian dan Sungai Bilis bagi memudahkan orang kampung membuat laporan berkaitan kehilangan harta benda berikutan pencerobohan militan Sulu.
Mengenai situasi terkini kampung terbabit, Tan berkata keadaan adalah selamat, aman dan tenteram dengan penduduk digalak menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
“Beberapa sekolah juga akan kembali dibuka Isnin ini, ibu bapa janganlah bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana pasukan keselamatan sentiasa berkawal dan berada di kawasan berhampiran,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa