Pegawai Polis Kulasinggam cedera parah ditembak
Sekarang harta polis pula jadi mangsa....
Selamatkah kita?
Dendam ke apa lain cerita
Walau pun ini kes terpencil
Pokoknya Penjenayah besar kepala dan berleluasa!
Selasa April 9, 2013
Rumah Pegawai Polis di Klang Dibakar
SHAH ALAM: Sebuah rumah teres yang dihuni dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Jalan Imam Abdul Aziz, Klang dekat sini dibakar, dipercayai kerana dendam, dalam satu kejadian awal pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata kejadian itu disedari pegawainya yang berpangkat Sub Inspektor dan Lans Koperal apabila kedua-duanya terdengar bunyi letupan di perkarangan rumah mereka kira-kira pukul 3 pagi.
"Ketika kejadian, anggota saya sedang tidur dan bergegas keluar (dari bilik tidur) apabila terdengar bunyi letupan kuat di luar rumah. "Mereka kemudian bertindak keluar dari rumah apabila melihat pintu depan rumah mereka dijilat api dan terkejut apabila empat tayar kereta Toyota Unser dan bonet belakang Proton Saga milik mereka yang diparkir di depan rumah turut dijilat api," katanya di sini.
Beliau berkata bagaimanapun kebakaran itu dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian oleh mangsa menggunakan air dari "Polis tidak menolak kejadian ini berunsur dendam kerana pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui beberapa botol plastik yang mempunyai kesan minyak yang kita percaya digunakan dalam kejadian ini," katanya.
Shukor berkata rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di rumah jiran mangsa turut menunjukkan kelibat dua lelaki melakukan perbuatan itu.
"Kami masih melakukan siasatan menyeluruh bagi mengesan suspek dan berkemungkinan kedua-dua mangsa adalah sasaran berdasarkan bidang kerja masing-masing dan suspek yang terlibat akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," kata Shukor.
Sementara itu dalam sidang media berasingan, polis berkata mereka turut memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan satu kes bunuh di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan pada 23 November, 2011.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Adnan Abdullah berkata lelaki itu dikenali sebagai Lim Mun Vei, yang alamat terakhirnya di No D 30A, Jalan Kowyan, Seri Kembangan.
Adnan berkata orang awam yang mengenali Lim atau mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Inspektor Hazirah Qiffiah Hasim di talian 017-7087051 atau balai polis berhampiran. - mStar
jangan risau,polis dah lama dah ada kt Malaysia ni..they know what to do..
ReplyDeletekita semua tau, polis kejanya menentang penjenayah. so mestilah penjenayah2 tu tak puas hati...dah memang lumrah kehidupan polis dari dulu smpai sekarang mempertahankan negara smpai ada yg terkorban...tp dlm kes2 melibatkan penjenayah, risiko lebih tinggi. contoh yg terjadi pd anggota polis ni la...
ReplyDeletepolis selama ni bertungkus lumus bekerja 24 jam..tinggal kan anak bini kat rumah...bila keluar bekerja tak tau lagi akan balik dengan selamat atau tidak...kita tahu tugas polis ni terdedah dengan risiko..sekarang dah jadi benda mcm ni..anak bini dan keluarga pun jadi sasaran penjenayah..ada ke sesiapa nak membela mereka ini...hanya segelintir yang ambil perhatian..polis juga manusia biasa yang perlu kan perlindungan...tapi benda tu tak semua yang ambil peduli...masyarakat hanya tahu keselamatan diri mereka yg perlu dilindungi,tapi bila keluarga polis di ancam..ada NGO yang nak membela mereka??? tepuk dada tanya selera...kepada mereka yang dok perjuangkan hak hak asasi, jgn lah perjuangkan hak hak mereka yg ada kepentingan dan bermotif kan sesuatu.
ReplyDelete