Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 17, 2013

Santai: Lawak Seluar Dalam Dan Kopi Jantan Kedai Kopi

Cerita ni saya kutip dari Kedai Kopi semasa saya masih berkhidmad lagi

Pagi ni Pak Mad masuk ke Kedai Kopi lebih awal dari biasa. 
Setelah duduk sambil melambai tangan Pak Mat  berteriak kepada budak Pelayan Kedai 'Kopi jantan satu' minta Pak Mat
'Ok!' Jawab Pelayan Kedai
Beberapa minit menunggu Kopi yang dipesan pun sampai di atas meja di hadapan Pak Mad
'Eh... kenapa kopi ni panas' tanya Pak Mat kepada Pelayan tadi sambil mengerutkan dahinya
'Tadi kan minta kopi jantan, itu kopi yang berjenama jantanlah tu!' sahut Pelayan kedai
'Aku nak kopi jantan!' tingkah Pak Mat agak kuat

Sambil garu kepala budak pelayan tu tanya Pak Mat 'Kopi jantan yang Pak Mad nak tu kopi macam mana?'

'Eh... budak ni bahalol betullah, kopi jantan tu kopi yang ada batulah!' jerkah Pak Mad
'Ooo...kopi O ice..., gitu ker Pak Mad' budak pelayan tanya untuk kepastian
'Hah...tau pun kau' kata Pak Mad

'Kalau kopi yang tak ada batu tu, kopi betina!' sahut Pak Mad
'Ceh.... Pak Mad nak buat lawak tapi buat aku pening...' balas budak pelayan sambil ketawa

Sambil minum Pak Mad berteka-teki pula
'Aku nak tanya, apa bezanya antara seluar dalam (spender) dan seluar bola?' tanya Pak Mad kepada dua tiga orang yang minum bersamanya di meja tempat Pak Mad duduk

Semua orang di depannya garu kepala dan salah seorang yang duduk menghadapnya berkata  'Seluar dalam pakai di dalam, seluar bola pakai di luar' jawab pemuda itu

'Salah' kata Pak Mad
'Haaa....seluar dalam tak ada bahagian kaki (paha) tapi seluar bola ada' sahut yang seorang lagi

'Kamu ni semuanya bodoh. Seluar bola akan dipakai bila nak main tetapi seluar dalam akan ditanggalkan ketika nak main!' Pak Mad memberikan jawapan - LOL

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa