Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 12, 2013

Sebelum Ada Maklumat Lanjut, Aku Tak Mau Kata Tidak!

Sebelum bersuara dan beralasan patutkah aku kata tidak?
Aku percaya pun tidak sebab Rasulallah pun tidak percayakan sembarangan
Mustaffa Ali kena kedepan dan bersuara....

Video Mustaffa Ali?.. Ini persoalan yang timbul..
Kononnya, menurut blog-blog Pro UMNO, wanita yang berasmara dengan tokoh PAS itu telah dibayar oleh PKR untuk memerangkap pemimpin berkenaan.

Kononnya lagi, dua pemimpin Pemuda PKR berjaya ditahan dan disiasat berhubung pengedaran video lucah ini di Besut, Terengganu semalam.

Lebih memeranjatkan, sekonyong-konyongnya menurut blog Pro UMNO lagi, dalam satu rondaan polis pada 7.45 pagi semalam, pihak berwajib telah menemui "16 sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi sekeping cakera padat video gambar lucah" di satu kawasan perumahan di Kampung Alor Lintang.

Sama ada sahih atau tidak, blog tersebut menyebut: suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedar salinan video tersebut, lebih kurang 11 minit 25 saat.

Video itu memaparkan seorang perempuan, kata blog Pro UMNO lagi, disyaki bukan warganegara melakukan hubungan seks dengan tokoh berkenaan.

Jadi, berbeza kes video lucah mantan menteri kesihatan, sensasi terbaru ini mempunyai dimensi politik konspirasi dalam Pakatan Rakyat.

Alasannya, menurut blog pro-Umno lagi, tokoh PAS itu cuba membawa masuk mantan pemimpin kanan yang telah terpinggir dan seorang tokoh parti yang telah dipecat.

Oleh kerana tidak suka dengan langkah tokoh PAS berkenaan, maka dirancanglah satu "perangkap seks" sedemikian rupa!

Persoalan yang muncul: kenapa perlu video lucah itu diedar di Besut, sebuah kawasan parlimen yang dikenali kubu kuat Umno? (Atau, dua pemimpin muda PKR itu memang berasal dari daerah Besut?)

Jika begitulah hasratnya, untuk apa lagi diyakinkan kepada penyokong totok Umno bahawa pemimpin PAS memang tidak guna?

Apakah tidak cukup selama berdekad-dekad serangan Umno terhadap PAS di negeri penyu itu?

Kerusi parlimen itu atau Terengganu umumnya tidak pernah dikhabarkan akan bergoncang pada pilihan raya 5 Mei nanti -- tidak seperti Negeri Sembilan, Kedah, Johor atau Perak.

Kenapa tidak diedarkan di Marang, kerusi presiden PAS Abdul Hadi Awang atau Kuala Terengganu yang bakal ditandingi seorang arkitek terkenal dan kerabat diraja?

Jika serangan video itu dilancarkan oleh PKR dengan gaya baling batu sembunyi tangan, kenapa tidak ia disebarkan sahaja melalui Internet, media berpengaruh yang dikuasai sebaik-baiknya oleh parti itu?

Bukankah Internet sudah menjadi sarang bahan-bahan porno yang boleh dijadikan saluran sebaran dengan murah tetapi sasarannya ribuan, malah jutaan, penyokong PAS?

Jika pengundi meragui kesucian pemimpin-pemimpin PAS, apakah kesannya kepada Pakatan Rakyat yang ingin merampas Putrajaya?

Tidakkah menyerang PAS bererti juga menghakis peluang pembangkang menambah undi? Walaupun ia tidak mustahil, dan sekalipun video itu benar, bagaimana mungkin PKR merancang menggoda tokoh PAS itu dan kemudiannya merakam pula aksi ranjangnya?

Jika ia benar, tentulah ia diusahakan oleh unit perang saraf terbaik PKR sehingga tidak terbocor kepada sesiapa -- daripada mengupah wanita itu, kemudian menggoda tokoh politik berkenaan dan kemudian lagi memasang kamera di bilik tidur.

Jika wujud unit terhebat itu, kenapa pula unit itu tidak berjaya mengedarkannya dengan senyap-senyap tanpa dengan mudah diketahui umum dan ditangkap polis?

Jika benarlah laporan polis mengesyaki wanita itu bukan warganegara ini, bagaimana pula blog pro-Umno dengan mudah mendapat pengakuannya?

Sejak bila pula polis atau penulis pro-Umno menemui wanita itu dan mengambil keterangannya?

Dan bagaimana pula unit terbaik PKR itu gagal menyembunyikan wanita upahannya agar tidak dicekup oleh pihak berwajib atau musuh-musuh politiknya seperti BN atau Umno?

Pendek kata, skrip video lucah pemimpin Pakatan -- sekalipun benar-benar wujud -- tunggang-langgang dan boleh menjadikan orang ramai cukup meluat dan menentang BN habis-habisan pada Ahad, 5 Mei nanti ~ Fathi Aris Malaysiakini

Lebih menghairankan lagi jika PKR dituduh sebagai dalang pengedaran video ini.. kenapa macai-macai UMNO menyedari kewujudan video ini begitu awal?

Bagaimanapun tujuan video ini disebar oleh macai-macai UMNO jelas bertujuan untuk menjahanamkan imej Mustaffa Ali dan dalam masa yang sama mewujudkan perasaan saling mencurigai antara PAS dan PKR...

Bila nak buat Manifesto pun UMNO/BN terpaksa meniru Manifesto Pakatan Rakyat inilah hasilnya... sebar video lucah...

- Cetak rompak dari blog Anak Sungai Derhaka

1 comment:

  1. saya masih tertanya2..seperti video Anwar dulu..kenapa tidak dipanggil Edisi Siasat, 999, Buletin TV3 dsb semasa perkara ini dilakukan..

    ia sepatutnya boleh menjadi paku terakhir untuk keranda PKR dan PAS jika Anwar dan Mustafa Ali tertangkap "live"..

    sebaliknya mereka yg merancang ni lebih berminat untuk merakamkannya secara "curi-curi" yg menyebabkan ketulinan video2 yg tersebar ini boleh dipertikaikan..

    maklumlah skrg teknologi semakin canggih...photoshop, superimpose etc semuanya ada...

    wallahualam bissawab

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa