Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 17, 2013

Suhakam: Polis Gunakan Kuasa Berlebihan Dalam Bersih

Jangan pula kata Suhakam alat Pembangkang!
Suhakam mendapati penggunaan kuasa berlebihan dan salah laku polis dalam perhimpunan Bersih
OLEH IDA LIM
APRIL 17, 2013
Gambar fail Reuters menunjukkan peserta demonstrasi Bersih.

KUALA LUMPUR, 17 April — Pihak polis menggunakan kuasa berlebihan semasa dan selepas menangkap peserta perhimpunan Bersih untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April lepas, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

Semasa mengumumkan laporan keputusan inkuiri awam yang diadakan oleh tiga anggota Suhakam, badan tersebut juga menyatakan terdapat pencabulan hak asasi manusia termasuk kebebasan media dan kebebasan berekspresi.

"Panel berpandangan, berdasarkan testimoni saksi dan juga rakaman video, terdapat penggunaan kuasa berlebihan dan salahlaku oleh pasukan polis terhadap peserta perhimpunan," kata pengerusi panel Datuk Sr Khaw Lake Tee semasa membaca ringkasan laporan tersebut di ibu pejabat Suhakam di sini.

Panel tersebut turut memberikan 25 cadangan dalam laporan mereka.

Inkuiri awam selama 29 hari oleh Suhakam itu bermula pada 5 Julai dan berakhir pada 10 Januari menyaksikan pengakuan penganjur perhimpunan Bersih 2.0, Majlis Peguam dan polis.

Sejumlah 49 orang saksi - termasuk 19 orang awam, empat petugas media, 18 anggota polis dan lapan orang pakar - telah memberikan testimoni dihadapan ahli panel yang diketuai oleh naib pengerusi Suhakam, Khaw dan anggota pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Datuk Detta Samen.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa