Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 7, 2013

UMNO Terlupa Atau Pelupa Kerana Nyanyuk, Tua Dekat Ajal?

Bagi UMNO bila dah sokong BN
Cina MCA jadi Melayu
India MIC jadi Melayu
India KiMMA jadi Melayu
Mamak pun semuanya Melayu 

Umno lupa MCA pun Cina seperti DAP juga

KOTA BHARU: Di kampung-kampung penceramah Umno terus melemparkan dakwaan, sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, DAP akan menjadi Perdana Menteri.

Sedangkan apa yang berlaku bilangan kerusi bakal ditandingi DAP lebih kecil berbanding PKR dan PAS. Apa yang jelas isu perkauman masih lagi mendominasi kempen Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin Umno seperti lupa mereka telah bergabung dengan MCA dan MIC sejak merdeka lagi.

“Mungkinkah kerana terlalu menggelabah mereka terlupa Umno telah bersahabat dengan MCA dan MIC, namun tiada kefahaman Islam diberi kepada mereka.

“Sedangkan biar pun kita baru menjalin kerjasama dengan DAP banyak kesan positif diperolehi. Mereka sanggup mendengar kuliah agama disampaikan pendakwah.

“Paling menakjubkan apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu Dun Pulau Pinang akan dibubarkan pada hari Jumaat dengan mengambil kira penghulu segala hari,” ujarnya.

Berucap pada majlis Lokal Agenda Pemimpin Bersama Masyarakat anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini semalam katanya kerjasama dengan DAP membolehkan pemimpin mereka memahami lebih dekat lagi mengenai Islam.

Katanya, hasil kefahaman itulah yang menyebabkan pemimpin Umno menjadi gelabah kerana perjuangan mereka sejak dahulu sehingga sekarang berteraskan bangsa.

Kata beliau berlainan dengan Umno yang bersahabat dengan MCA dan MIC di mana mereka lebih menjadi pak turut.

Di majlis berkenaan Menteri Besar juga menyampaikan sumbangan kepada penerima skim Az-Ziwaaj, Al-It’am, Takaful Kifaalah dan cabutan bertuah.

Manakala peserta Ladang Rakyat pula menyerah sumbangan untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Sementara itu, pemberita Harakahdaily Cawangan Kelantan, Mohd Rizal Md Tahir memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah mesin basuh separuh automatik. - Sumber

1 comment:

  1. omno buat buat lupa sanggup buat apasaja untuk kuasa.omno dah lama ditampok kuasa satu hari lekang juga dari tampok bila terlalu masak benyai

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa